A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

HEPATITIS A

Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang boleh menyebabkan hepatitis berlaku daripada jangkitan virus ke ubat serta alkohol.

Apakah jangkitan Hepatitis A?

Hepatitis adalah jangkitan atau radang pada hati. Banyak faktor yang boleh menyebabkan hepatitis berlaku daripada jangkitan virus ke ubat serta alkohol. Banyak virus yang boleh menyebabkan hepatitis sama ada secara langsung atau tidak langsung. Virus hepatitis pula memberi kesan yang besar ke atas hati.

Terdapat beberapa jenis virus hepatitis (A, B, C, D, E dll). Hepatitis A disebabkan oleh virus hepatitis A yang dipindahkan melalui seseorang ke orang lain menerusi makanan/minuman yang telah dicemari najis, pesakit hepatitis A.

Apakah tanda dan gejalanya?

Ia mengambil masa 15 hingga 50 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadang-kala lebih). Kebanyakan kanak-kanak jarang menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Semua pesakit sama ada yang menunjukkan gejala atau tidak  masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula.

Gejala dan tanda termasuk:

  • Hilang selera makan, loya.
  • Demam.
  • Muntah-muntah.
  • Kesakitan pada perut.
  • Keletihan.
  • Penyakit kuning, air kencing berwarna gelap, najis berwarna pucat.

Di negara membangun, kebanyakan penduduk terdedah pada jangkitan semasa kecil dengan gejala yang minima atau tiada gejala langsung.

Adakah terdapat komplikasi?

Tiada komplikasi jangka masa panjang untuk hepatitis A. Walau bagaimanapun, hepatitis A boleh memberi kesan yang serius pada warga tua di mana mereka memerlukan rawatan di hospital.

Adakah terdapat rawatan khusus?

Tiada rawatan khusus bagi hepatitis A. Rawatan am ialah:

  • Mendapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air.
  • Elakkan daripada minum alkohol.
  • Individu yang dijangkiti harus berada di rumah sehingga tiada lagi kesan jangkitan (seminggu selepas sakit).

Bolehkah Hepatitis A dicegah?

Hepatitis A boleh di cegah melalui:

  • Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan).
  • Gunakan bekalan air yang bersih serta sistem kumbahan yang teratur.
  • Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
  • Elak makan kerang/tiram mentah.

Immunisasi vaksin Hepatitis A boleh mencegah jangkitan Hepatitis A secara efektif. Ia memberi perlindungan selama 12 bulan bagi dos yang diambil pertama kali dan 5 tahun selepas dos yang kedua (bagi kanak-kanak) serta 10 tahun bagi orang dewasa.

Vaksin Hepatitis A disyorkan kepada golongan berisiko tinggi termasuklah:

  • Golongan yang melancong ke luar negara (terutama negara berisiko tinggi untuk jangkitan Hepatitis A).
  • Pekerjaan berisiko tinggi, contohnya; bidang kesihatan, pekerja kumbahan.
  • Golongan yang mengamalkan gaya hidup berisiko tinggi contohnya pengguna dadah secara suntikan atau tanpa suntikan.
  • Pusat jagaan kanak-kanak atau institusi yang menyediakan kemudahan penjagaan seperti pusat jagaan orang tua.
  • Individu yang mempunyai penyakit hati yang kronik.

Seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti Hepatitis A harus diberikan antibodi dalam bentuk immunoglobulin. Ini amat berkesan untuk mencegah jangkitan dalam masa dua minggu pertama terdedah kepada pesakit (dapatkan nasihat doktor). Hepatitis A perlu dilaporkan jika ia berlaku. Ia bertujuan untuk mengenal pasti punca bagi menghalang jangkitan daripada merebak.

Kumpulan Sokongan

Malaysian Liver Foundation
No 26, Blok C, Jalan PJU 1A/3,
Taipan Damansara 2, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel : 603-78426101
Email : enquiries@liver.org.my
Website : www.liver.org.my

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Chan Kwai Cheng
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

HIV/AIDS

HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi badan menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser.

SARS

Pengenalan SARS telah dilaporkan di selatan China, tetapi pada masa

Beguk

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,105,977

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia