A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Hawar (Plague)

Hawar (Plague)

Pengenalan

Hawar adalah jangkitan wabak secara semulajadi yang melibatkan tikus berlaku di merata tempat di seluruh dunia. Penyakit epidemik akut yang melibatkan tikus dan roden liar berlaku di bahagian tengah, timur dan selatan Afrika, Amerika Selatan, bahagian barat Amerika Utara dan di sebahagian besar Asia.

Di sesetengah kawasan, kontak antara tikus hutan dan tikus rumah biasa berlaku dan boleh menyebabkan kes jangkitan manusia dan kadang-kala menjadi wabak.

Agen penyebab:  Yersinia pestis

Cara jangkitan: Jangkitan kutu yang  menular dari tikus ke haiwan lain dan manusia. Jangkitan manusia ke manusia tidak berlaku kecuali semasa wabak pneumonik, apabila titisan cecair pernafasan daripada pesakit menjangkiti orang lain semasa berdekatan.

Wabak juga boleh merebak melalui sentuhan dengan objek yang tercemar (contoh: tisu/tuala), atau cecair atau nanah haiwan yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: 1 hingga 7 hari

Pelancung adalah berisiko rendah. Walau bagaimanapun perjalanan ke kawasan dimana penyakit hawar biasa berlaku (endemik) di kawasan luar bandar mempunyai risiko, terutamanya jika berkhemah atau memburu atau jika tersentuh tikus.

Tanda dan Gejala

  • Demam
  • Batuk
  • Bengkak  yang sakit di pangkal peha, leher dan ketiak
  • Muntah

Jangkitan terbahagi kepada 3 jenis:

Hawar Bubonik: Berpunca dari gigitan kutu yang dijangkiti menyebabkan radang pada kelenjar limfa (limfadenitis) dan sekitar kelenjar limfa. Ciri utama: Bengkak yang sakit dan bernanah.

Hawar Septisemik: Merebak dari wabak bubonik atau berlaku semasa ketiadaan limfadenitis. Jangkitan menular ke dalam aliran darah menyebabkan keradangan di selaput otak (meningitis), renjatan endotoksid dan pendarahan yang teruk akibat Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation – DIVC).

Hawar Pneumonik: Jangkitan boleh menular ke paru-paru dan menyebabkan pneumonia yang teruk. Pesakit boleh merebakkan penyakit melalui titisan cecair pernafasan. Individu yang terkena titisan/cecair  tersebut boleh mendapat jangkitan paru-paru.

Komplikasi

Tanpa rawatan segera dan berkesan, 50 hingga 60% dari kes boleh membawa maut.

Kesan septisemik yang tidak dirawat boleh menyebabkan renjatan endotoksid dan Penggumpalan Intravasel Tersebar (Disseminated Intravascular Coagulation – DIVC) manakala pneumonia teruk berlaku semasa wabak pneumonik.

Rawatan

Rawatan khusus: Streptomisin adalah disarankan. Ubat lain termasuklah gentamisin, tetrasiklin dan kloramfenikol.

Pencegahan

Jika anda melawat kawasan yang dijangkiti:

  • Elakkan memegang tikus yang hidup atau mati
  • Elakkan berada di tempat yang sesak
  • Elakkan gigitan kutu dengan menggunakan repelan dan racun serangga
  • Elakkan mengendali tikus mati dan laporkan kepada pihak kesihatan jika terjumpa tikus mati
  • Jika anda berhubungan dengan orang yang dijangkiti, elakkan menyentuh cecair tubuh pesakit dan dapatkan rawatan awal
  • Simpan dan lupuskan sisa makanan/sampah dengan betul supaya tikus tidak mencerobohi makanan dan tempat tinggal anda.

Rujukan / sokongan:

  • International Travel & Health, WHO 2006
  • Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Norhayati bt. Rusli
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Nor Mimiroslina bt Che Omar

 

Artikel Berkaitan

M

Masalah Tingkah Laku Remaja Memberus Gigi Memfloss Gigi Menangani Kemarahan

Inkontinen Urin

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,680,899

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 09:02:28
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia