A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Guna Facebook, Twitter baiki...

Guna Facebook, Twitter baiki mutu perkhidmatan

Berita Harian

Isnin, 25/04/2011

Guna Facebook, Twitter baiki mutu perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan kini mengguna pendekatan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan menyebar maklumat kepada rakyat mengenai gaya amalan hidup sihat.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata penggunaan laman sosial itu yang kini yang menjadi fenomena baru di kalangan generasi muda untuk berinteraksi ternyata membantu kedua-dua pihak mempertingkat hubungan dua hala.

"Input yang kami peroleh secara langsung dapat diguna untuk membaiki mutu perkhidmatan, malah penggunaan media ini juga membolehkan kami menyalurkan maklumat kepada golongan sasaran secara lebih berkesan.

"Usaha ini adalah satu 'nilai tambah' kepada kami selain penggunaan kaedah lain bagi meningkat kesejahteraan kesihatan di kalangan rakyat," katanya pada media selepas Program Sembang Petang, Sihat bersama Rakan Facebook, Twitter dan Media di sini, semalam.

Pada majlis itu, hampir 200 rakan Facebook dan Twitter Rosnah menghadiri program itu.

Rosnah yang kini yang mempunyai lebih 6,000 rakan Facebook dan Twitter mengakui penggunaan laman sosial itu banyak membantu kerjaya politiknya dan tugasnya di kementerian.

Mengulas mengenai penggunaan media baru itu bagi tujuan politik, Rosnah yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, pihaknya akan mewajibkan ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi menggunakan pendekatan laman sosial untuk berinteraksi dan menyebarkan maklumat pergerakan.

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,244,385

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia