A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gigi Tidak Tersusun

Gigi tidak tersusun atau maloklusi ialah suatu keadaan di mana gigi-gigi dalam mulut tidak tersusun dengan baik atau jongang.

Apakah yang dimaksudkan dengan gigi tidak tersusun?

Gigi tidak tersusun atau maloklusi ialah suatu keadaan di mana gigi-gigi dalam mulut tidak tersusun dengan baik atau jongang.

Kenapa susunan gigi menjadi tidak teratur?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gigi tidak tersusun dengan baik.

Antaranya :

  • Faktor keturunan
  • Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang
  • Bilangan gigi yang lebih
  • Bentuk gigi yang tidak normal
  • Gigi terhimpit kerana tidak cukup ruang (terimpak)
  • Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal
  • Tabiat buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir

Bagaimana rupa dan keadaan gigi yang tidak tersusun?

Gigi tersebut mungkin kelihatan :

  • Bertindih antara satu sama lain
  • Terpusing (Dracula-like eye teeth)
  • Terkeluar mencucuk bibir, pipi atau lidah

Adakah komplikasinya?

Gigi tidak tersusun sering dikaitkan dengan :

  • Paras rupa kurang menarik
  • Oral higin yang kurang
  • Penyakit gusi
  • Masalah sendi rahang

Bolehkah gigi yang tidak tersusun dibetulkan?

Ya, masalah gigi yang tidak tersusun boleh dibetulkan dengan rawatan ortodontik.

Rawatan mungkin melibatkan :

  • Cabutan sebatang atau lebih gigi (tidak perlu memakai aplians ortodontik)
  • Pemakaian aplians ortodontik boleh tanggal
  • Pemakaian aplians ortodontik tetap

Bilakah masalah ini boleh dirawat?

Sebaik-baiknya rawatan ortodontik untuk masalah ini dimulakan pada peringkat awal lagi semasa tumbesaran atau perkembangan rahang mulut. Rawatan awal akan menggalakkan perkembangan gigi yang normal.

Dimanakah rawatan ortodontik boleh diperolehi?

Rawatan ortodontik boleh diperolehi di klinik-klinik pergigian kerajaan.

Walaubagaimanapun keutamaan rawatan diberikan kepada murid-murid sekolah.

Dapatkan pemeriksaan dan doktor pergigian akan membuat rujukan ke pakar ortodontik jika rawatan ortodontik diperlukan.

Rawatan ini juga boleh diperolehi di klinik-klinik pergigian swasta yang menyediakan perkhidmatan kepakaran ini.

Layari laman web http://ohd.moh.gov.my untuk mengetahui rangkaian klinik-klinik pergigian kerajaan.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Azillah bt. Mohd Ali
    Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Hjh. Rashidah bt. Dato’ Hj. Burhanudin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,238,042

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia