Home > Galeri Media MS > Animasi > Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Download:

 

Ini adalah gambar gigi geraham bongsu yang terimpak atau terperangkap.

Gigi terperangkap dalam tulang rahang kerana ruang di rahang mulut tidak mencukupi untuk gigi tumbuh dengan betul. Adakalanya ia langsung tidak keluar atau tumbuh. 

Posisi gigi geraham bongsu yang terimpak di dalam tulang rahang adalah dalam kedudukan luar biasa dan kadangkala mendatar. Ini menghalang gigi daripada tumbuh secara normal.

Pada gigi geraham bongsu yang separa terperangkap di dalam rahang,  pemotongan gusi dan tisu lembut dilakukan di atasnya agar tulang dapat didedahkan.

Kemudian, tebukan dilakukan pada tulang untuk mengeluarkan tulang supaya menampakkan bahagian atas gigi yang terimpak atau terperangkap ini.

Apabila gigi geraham bongsu terimpak kelihatan, ia dikeluarkan dengan menggunakan elevator. Dalam keadaan tertentu, gigi terpaksa dipotong sebelum dikeluarkan.

Kemudian bahagian sekeliling tulang dilicinkan dan kawasan cabutan dibersihkan dengan larutan salina.

Agen pembekuan darah dimasukkan ke dalam kawasan cabutan/ soket untuk menghentikan pendarahan.

Seterusnya, kawasan terdedah ditutup dengan menjahit semula  gusi  tersebut.

Akhir sekali, arahan penjagaan luka diberikan kepada pesakit dan temujanji diberi untuk pemeriksaan susulan dan pembuangan jahitan.

G
Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Glaukoma

Goiter

Gout