A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Kegelisahan boleh terjadi kepada warga emas. 10% dari golongan ini mengalami masalah kegelisahan yang ketara.

Namun masalah ini kurang diberi perhatian berbanding kerungsingan mengenai masalah fizikal.

Kegelisahan yang dialami golongan ini ada berkaitan dengan:

  • Proses penuaan
  • Masalah fizikal kronik
  • Masalah pada daya ingatan
  • Kehilangan yang menyentuh emosi

Tanda dan gejala

Anda mungkin mengalami masalah kegelisahan sekiranya anda mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Sering risau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil
  • Kerap memikirkan serta bimbang akan sesuatu yang sedang berlaku dalam kehidupan anda
  • Sukar untuk melupakan apa yang bermain dalam fikiran
  • Sering mengalami sakit -sakit dada atau sesak nafas
  • Merasai degupan jantung yang terlalu kencang sepanjang masa
  • Mengalami kesukaran tidur kerana terlau banyak berfikir

Komplikasi

Sekiranya kegelisahan yang dialami tidak diberi perhatian segera berkemungkinan anda boleh mengalami kemurungan.

Rawatan

Berjumpalah doktor dan bincang dengannya mengenai tanda-tanda yang anda alami

Doktor anda boleh membantu mengurangkan masalah tersebut atau merujuk kepada pakar

Ada dua kaeadah rawatan yang boleh mengurangan kegelisahan yang anda alami:

  • Kaedah tanpa menggunakan ubat. Antaranya:
    • Teknik latihan pernafasan
    • Latihan relaksasi
    • Terapi kognitif yang membantu anda mengubah pemikiran yang membuat anda gelisah kepada pemikiran yang membantu anda rasa tenang. Terapi ini lazimnya memerlukan beberapa sesi bersama pakar.
  • Kaedah menggunakan ubat khusus

Pada masa sekarang terdapat beberapa ubat yang berkesan untuk mengurangkan gejala kegelisahan. Perbincangan bersama doktor dapat menentukan jenis ubat yang sesuai dengan anda.

Pencegahan

Beberapa kaedah berkesan boleh digunakan di dalam menangani cabaran dalam hidup, mengurangi stres, mempertingkatkan harga diri dan membina rangkaian sokongan sosial yang mantap Empat kemahiran mental yang dikenal pasti berkesan mengatasi masalah kegelisahan adalah:

Kumpulan Sokongan

Befrienders (www.befrienders.org.my) Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (www.mentalhealth.org.my)

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
  : Dr. Susy Mathew
  : En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid
Penyemak : Dr. Lazli Bin Bakar

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,318,449

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia