Home > Warga Emas > Kecergasan & Anda > Garis Panduan untuk Memilih Program Latihan Senaman

Garis Panduan untuk Memilih Program Latihan Senaman

  • Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
  • Lakukan secukupnya untuk mendapat manfaat. Selain daripada itu ia hendaklah menyeronokkan.
  • Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan secara berlebihan.
  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
  • Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
  • Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu kasar dan tersentak.
  • Jangan berhenti secara tiba-tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
  • Tetapkan jadual senaman anda.
Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Sarkuna Devi
: Normah bt. Nordin
: Thillainathan a/l Krishnan
Penyemak : Dr. Muhammad Azlan bin Abd. Rahman