Home > Umum > Forensik > Gambar Memberi Seribu Satu Kata

Gambar Memberi Seribu Satu Kata

 

Pengenalan

Bagi orang awam, gambar hanyalah satu medium untuk menyimpan memori bagi sesuatu peristiwa yang dianggap berharga dan memberi makna. Namun begitu bagi ahli forensik, gambar di tempat kejadian memberi seribu satu maklumat penting bagi membantu dalam siasatan tempat kejadian.

Bell, 2006 menyatakan, foto tempat kejadian jenayah boleh dihasilkan dari 2 tempat yang berbeza iaitu, dari tempat kejadian jenayah itu sendiri dan juga ketika menganalisis bahan bukti di makmal atau di bilik bedah siasat.  

Definisi

Berdasarkan sejarah, perkataan fotografi terbentuk dari 2 perkataan greek iaitu; ‘photo’ yang bermaksud cahaya dan ‘grapho’ pula berkaitan dengan lukisan atau tulisan. (Redsicker, 2001) begitu juga Robinson, 2010 mendefinasikan fotografi kepada 2 bahagia iaitu ‘photo’ membawa maksud cahaya dan ‘graphia’ merujuk kepada tulisan atau lukisan.

Oleh itu, berdasarkan kepada kedua-dua definasi ini, dapat disimpulkan bahawa fotografi membawa maksud gambar yang di lukis dengan cahaya. 

Forensic fotografi pula boleh didefinasikan sebagai rekod sesuatu tempat atau objek untuk tujuan perundangan dengan menggunakan kamera.

Sejarah Awal Forensik Fotografi

Pada 1851, satu gambar dokumen palsu telah dijadikan salah satu bukti di dalam satu kes, dan di dalam kes tersebut, bahan bukti ini telah diterima. (Luco vs U.S.,64). Sejak dari itu, gambar telah, gambar telah diterima sebagai bukti di dalam mahkamah dan bidang ini telah berkembang dengan pesat dari tahun 1870.

Foto telah dihasilkan dari filem sejak dari tahun 1820an, dan gambar boleh dihasilkan dengan pelbagai cara, daripada ‘daguerreotype kepada piring perak kepada filem dan kini digital. Daripada foto hitam putih kepada gambar berwarna.

Dalam bidang perundangan, antara kes terawal yang menggunakan gambar berwarna di dalam prosedur mahkamah; Green VS City and County of Denser pada tahun 1943. Secara ringkasnya, di dalam kes ini, satu foto berwarna daging busuk telah diambil di tempat kejadian dan di banding kan dengan daging segar, mahkamah telah menerima foto tersebut sebagai bukti utama dan tertuduh telah dijatuhkan hukuman. (Conrad 1957)

Pekembangan terkini bidang forensik fotografi adalah penggunaan kamera digital dalam proses dokumentasi bahan bukti dan tempat kejadian. Namun ianya masih menjadi debat di kalangan pengamal perundangan mengenai isu gambar digital yang dihasilkan boleh dimanulipulasi. Dari segi teknikal pula, kelebihan kamera digital adalah ia boleh menghasilkan foto dalam kuantiti yang banyak dan cepat, malahan kualiti gambar yang dihasilkan adalah lebih baik. (Hulick 1990, Jakson and Jakson 2004, Robinson 2007)

Ketelitian semasa mengambil gambar di tempat kejadian dan bahan bukti adalah sangat penting kerana hanya semasa kali pertama lawatan siasatan tempat kejadian sahaja gambar tersebut boleh di ambil dan di terima di mahkamah. Jika bahan bukti telah di alihkan sebelum tempat kejadian di ambil gambar atau gambar di ambil selepas tempat kejadian telah ‘dibebaskan’ oleh pegawai penyiasat, gambar tersebut tidak akan diterima kerana tempat kejadian tersebut dianggap telah tercemar. (Gilbert, 2004;95)

Oleh itu, semua bahan bukti perlu ditanda terlebih dahulu sebelum diambil supaya tiada bahan bukti yang tertinggal semasa proses dokumentasi.


Peralatan asas fotografi forensik di tempat kejadian
(http://www.crime-scene-investigator.net)

Teknik-Teknik Dalam Forensik Fotografi

Dalam forensik fotografi, tiada spesifik masa yang diberikan untuk membuat semua dokumentasi (Inman and Rudin 2001; 196). Masa yang diperlukan adalah bergantung kepada keluasan dan kompilasi di tempat kejadian, berapa banyak bahan bukti yang perlu di dokumentasikan dan juga faktor persekitaran seperti cuaca dan keselamatan. Ia boleh melibat beribu keping gambar dan berjam-jam masa yang di perlukan.

Peraturan asas di dalam fotografi di tempat kejadian adalah bermula dari keseluruhan kawasan kepada sepsifik. Ini melibatkan 3 teknik utama; jarak jauh, jarak sederhana dan jarak dekat ( Berg  dan Horgan 1979;42, Adam et all; 2004, 194; Fisher 2004;82).

Setiap teknik tersebut adalah bagi menghasilkan gambar yang dapat menggambarkan keseluruhan tempat kejadian dan juga menghubungkan antara ekshibit dan juga tempat kejadian. Bagi teknik fotografi dari jarak jauh (long range), gambar yang dihasilkan adalah dari sudut yang luas meliputi keseluruhan kawasan tempat kejadian. Tujuan foto ini adalah bagi memudahkan pegawai penyiasat untuk mengingati gambaran awal tempat kejadian ini termasuk persekitaran kawasan tersebut 

Teknik kedua adalah, gambar yang diambil dari jarak sederhana (middle range). Foto yang terhasil adalah bagi menghubungkan antara tempat kejadian dan juga barang bukti. Gambar ini perlu di ambil pada ketinggian mata seseorang ketika berdiri di dalam bilik atau berjalan di tempat kejadian.

Teknik yang ketiga pula adalah, foto yang diambil dari jarak dekat (close up). Dalam teknik ini, setiap barang bukti yang telah dikenalpasti semasa mid range photography tadi akan di fotograf sekali lagi secara terperinci di mana pita pengukur seperti pembaris akan di letak bersebelahan dengan barang bukti bagi menunjukan saiz sebenar barang bukti tersebut.


Gambar menunjukan 3 teknik utama dalam fotografi forensik
(a) jarak jauh (b) jarak sederhana (c) jarak dekat.
(http://www.crime-photo.com/)

Kepentingan Fotografi Di Dalam Siasatan Tempat Kejadian

Fotografi merupakan salah satu kaedah atau cara yang digunakan untuk mendokumentasi semua bahan bukti di tempat kejadian selain daripada lakaran kasar. Apabila selesai proses dokumentasi ini, semua bahan bukti ini akan dibungkus, dimeteri dan kemudian di hantar di makmal untuk tujuan analisis.

Secara umumnya, kepentingan fotografi adalah untuk merekod gambaran awal/asal tempat kejadian. Hal ini kerana, terdapat beberapa faktor yang boleh mengubah struktur asal tempat kejadian iaitu faktor tafonomik (cuaca) dan juga faktor manusia (semasa pegawai penyiasat menjalan siasatan). Semakin lambat tempat kejadian ini direkodkan maka semakin besar risiko tempat kejadian terdedah pada faktor-faktor tadi.

Kepentingan foto di tempat kejadian adalah untuk digunapakai di mahkamah bagi membantu pegawai penyiasat untuk memberikan gambaran kepada pihak mahkamah tentang keadaan di tempat kejadian, dengan kata lain ‘membawa tempat kejadian ke mahkamah’. Oleh itu, gambar yang diambil perlulah di susun mengikut susunan yang betul agar memudahkan proses rekontruksi tempat kejadian.

Selain itu, foto bahan bukti yang diambil sebagai contoh gambar sejata bagi kes pukul boleh digunakan untuk dibandingkan dengan corak kecederaan yang dijumpai pada mangsa. Ini dapat membantu pegawai penyiasat untuk menentukan jenis senjata yang digunakan.

Semasa perbicaraan di mahkamah pula, adakalanya kenyataan saksi atau suspek seringkali dipersoalkan oleh peguam. Oleh itu, gambar-gambar yang diambil di tempat kejadian boleh dijadikan bahan bukti bagi menyokong kenyataan mereka (Jakson and Jakson, 2004)

Dengan menggunakan teknik-teknik asas dalam fotografi forensik, gambar yang terhasil dapat menghubungkan antara bahan bukti dengan tempat kejadian. (Gilbert, 2004; 105). Hasilnya, pegawai penyiasat dapat menunjukkan dengan tepat lokasi sebenar setiap bahan bukti yang di temui kepada mahkamah.

Melalui fotografi, saiz setiap bahan bukti dapat diketahui dengan meletakkan skala pengukur semasa proses fotografi. Apabila saiz bahan bukti diketahui, maka perbandingan dengan kecederaan dapat di lakukan (Saferstain, 1990; 34). Semasa bedah siasat dijalankan, setiap kecederaan akan di ambil gambar berskala bagi mengetahui saiz setiap kecederaan. Oleh itu, pegawai penyiasat boleh membuat perbandingan antara senjata yang digunakan dengan kecederaan pada mangsa.


Gambar menunjukan kecederaan disebabkan kesan tembakan.
Gambar telah di ambil bersama pengukur.
(http://observatoryroom.org)

Kesimpulan

Dengan perkembangan teknologi fotografi yang semakin maju, daripada gambar poloroid hingga ke kamera digital, setiap gambar yang dihasilkan adalah bagi membantu siasatan pihak polis. Setiap gambar tersebut mempunyai cerita yang tersendiri dan memberi seribu satu maklumat dan cerita.  

Rujukan

  1. Adams, T.F., Caddell, A.G. &Krutsinger, J.L. 2004. Crime investigation.2n dedition. Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
  2. Bell, C. 2006. Concepts and possibilities in forensic intelligence. Forensic Science International 162: 38-43.
  3. Berg, B.L.& Horgan, J.J. 1979.Criminal investigation.2nd edition.New York: McGraw Hill.
  4. Conrad, E. 1957. Color photography, an instrumentality of proof. The Journal of Criminal Law, Criminology, and Police Science 48(3): 321-332.
  5. Fisher, B.A.J. 2004. Techniques of crime scene investigation. 7 t hedition. Boca Raton: CRC Press.
  6. Gheorghe POPA, 2004. Important of the Legal Photograph in Forensics Fire Scene Investigation. Romanian-American University, Bucharest, Romania.
  7. Gilbert, J.N. 2004. Criminal investigation.6th edition. Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.
  8. Green, D. 1984. Veins of resemblance: Photography and eugenics. Oxford Art Journal 7(2): 3-16.
  9. Hulick, D.E. 1990. The transcendental machine? A comparison of digital photography and Nineteenth-century modes of photographic representation. Leonardo 23(4): 419-425.
  10. Inman, K. & Rudin, N. 2001. Principles and practices of criminalistics. New York: Open University Press
  11. Jackson, A.R.W. and Jackson, J.M. 2004. Forensic Science. Pearson Education Limited: GB.
  12. Lee, H.C. & Harris, H.A. 2000. Physical evidence in forensic science. Tucson: Lawyer &Judges Pub. Co.
  13. Luco vs U.S.,64 U.S (23 How.) 515, 162, L. Ed 545 (1859)
  14. Redsicker, D.R. 2001. The practical methodology of forensic photography .2n d edition. Boca Raton, FL: CRC Press.
  15. Robinson, E.M. 2007. Crime scene photography. Elsevier: USA.
  16. Robinson, E.M. 2010. Crime scene photography.2nd edition. London: Elsevier.
  17. Saferstein, R. 1990. Criminalistics – an introduction to Forensic science. New York: Prentice Hall.
  18.  Thompson, T. J. U. (2008) ‘The role of the photograph in the application of forensic anthropology and the interpretation of clandestine scenes of crime’, Photography and Culture, 1 (2), pp.163-182.

 

Semakan Akhir : 8 September 2015
Penulis / Penterjemah : Mohd Faizul bin Abd Wahab
Akreditor : Dr. Sharifah Safoorah bt. Syed Alwi Al Aidrus