A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Fotofobia (Silau)

Pengenalan

Fotofobia (sensitif terhadap cahaya) ialah suatu gejala di mana mata menjadi sensitif yang melampau terhadap cahaya seterusnya pesakit yang mengalami simptom ini akan cuba mengelak dari cahaya matahari atau tempat terang. Pesakit yang mempunyai masalah fotofobia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata atau sistem urat saraf.

Penyebab fotofobia

Fotofobia sering dialami oleh pesakit konjuntivitis akut. Penyebab fotofobia yang lain adalah mata yang mempunyai luka dipermukaan kornea, ulser kornea, mata yang mempunyai warna yang cerah (seperti kes albino), uveitis (radang mata), katarak (sesetengah jenis) dan sesiapa yang menderita akibat migraine. Di antara penyebab yang disebut di atas, uveitis adalah merupakan penyakit mata yang serius yang boleh menyebabkan banyak komplikasi jika tidak dirawat.

Yang lebih penting, fotofobia juga merupakan gejala kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti botulisma, rabies, keracunan raksa atau meningitis (radang selaput otak). Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami fotofobia secara akut adalah dinasihatkan bertemu doktor secepat mungkin.

Rawatan

Rawatan yang terbaik untuk fotofobia ini adalah merawat punca masalah. Di dalam kebanyakan kes, apabila faktor penyebabnya telah dirawat, fotofobia akan hilang. Sewaktu menjalani rawatan, pesakit hendaklah mengelak dari terdedah kepada cahaya matahari dan sebarang cahaya lain yang terang untuk mengurangkan ketidakselesaan. Memakai topi yang lebar dan cermin mata gelap dengan perlindungan ultraungu juga boleh mengurangkan gejala fotofobia.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Juling

Juling merupakan ketidakseimbangan otot-otot mata yang menyebabkan sebelah atau kedua-dua

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,085,499

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia