A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Kosmetik
  6. /
  7. Formaldehyde dalam produk...

Formaldehyde dalam produk kosmetik

Formaldehyde merupakan kompaun organik yang paling ringkas dalam kumpulan aldehyde. Ia terdiri daripada atom hydrogen, oksigen dan karbon. Ia juga dikenali sebagai methanal dan merupakan sejenis gas yang berbau tengik. Struktur molekul bahan formaldehyde adalah seperti di bawah.

Struktur molekul formaldehyde

Fungsi Formaldehyde

Formaldehyde digunakan dalam sediaan kosmetik yang berunsurkan air. Ini adalah kerana sediaan sebegini merupakan media yang sesuai dan mudah untuk organism hidup. Formaldehyde memainkan peranan penting sebagai pengawet bagi mengawal produk kosmetik daripada rosak akibat daripada tindakan bakteria, yis atau fungi.

Sebaliknya produk kosmetik yang tidak berunsurkan air seperti pewarna bibir mempunyai risiko yang rendah untuk pertumbuhan mikroorganisma semasa penggunaannya.

Pertumbuhan mikrob dalam produk kosmetik boleh menjejaskan kualiti produk dan juga mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan pengguna serta niai estetik produk tersebut.

Bahan Lain Yang Boleh Menghasilkan Formaldehyde

Selain daripada bahan formaldehyde itu sendiri digunakan sebagai bahan pengawet di dalam formulasi produk kosmetik, terdapat juga bahan pengawet lain yang boleh menghasilkan formaldehyde (formaldehyde-releasing preservatives [FRP] ). Antara contoh-contoh bahan pengawet lain boleh yang menghasilkan formaldehyde ialah:

  • Quaternium-15
  • Imidazolidinyl urea
  • Diazolidinyl urea
  • DMDM Hydantoin
  • 2-Bromo-2-nitropropane-1,3-diol
  • Tri(hydroxymethyl)nitromethane
  • Hydroxymethylglycinate

FRP pada kebiasaannya digunakan di dalam pembuatan produk kosmetik untuk penjagaan diri seperti shampu badan dan sabun bayi. Pada amnya bahan-bahan FRP ini adalah selamat dan berkesan apabila digunakan dalam keadaan terkawal di dalam produk kosmetik. Ini memandang penggunaanya telah beberapa dekad dan had yang dibenarkan telah terbukti selamat.

Sifat bahan FRP ini yang membebaskan kepekatan formaldehyde bebas secara perlahan-lahan dalam produk kosmetik dapat mengelakkan pengguna daripada menghadapi alahan sentuhan.

Had Yang Dibenarkan Dalam Kosmetik

Had yang dibenarkan untuk formaldehyde bergantung kepada tujuan atau fungsi formaldehyde tersebut. Pemilik formulasi produk perlu jelas mengenai tujuan dan fungsi formaldehyde digunakan dalam sesuatu produk. Maklumat ini boleh didapati di dalam ‘Guideline Control Of Cosmetic Products In Malaysia’ iaitu pada Annex VI Bahagian 1 nombor rujukan 5 (Jadual 1) bagi penggunaan sebagai pengawet sementara di dalam Annex III Bahagian 1 nombor rujukan 13 (Jadual 2) jika digunakan dalam produk pengeras kuku (nail hardener).

Annex VI Bahagian 1 No Rujukan 5

JADUAL 1

Annex III Bahagian 1 No Rujukan 13

JADUAL 2

Sekiranya formaldehyde digunakan di dalam formulasi produk sebagai bahan pengawet, had yang dibenarkan ialah 0.2% tidak termasuk untuk produk kebersihan mulut. Manakala untuk produk kebersihan mulut, hanya 0.1% had yang dibenarkan. Kedua-dua peratus ini perlu dikira sebagai peratus formaldehyde bebas. Produk pengeras kuku pula, had yang benarkan adalah 5% dikira sebagai peratus formaldehyde. Had kepekatan yang dibenarkan adalah seperti di Jadual 1 dan 2 yang dipaparkan di atas.

Isu-Isu Keselamatan

Formaldehyde telah dikaitkan sebagai bahan yang boleh menyebabkan barah. Hasil semakan terhadap kajian-kajian pada tahun 2009, menunjukkan formaldehyde boleh dikaitkan dengan risiko penyakit leukemia iaitu sejenis barah darah. Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah tertumpu fokus kepada risiko barah yang disebabkan oleh kesan dari penghiduan gas yang dihasilkan oleh formaldehyde. Manakala kajian mengenai barah yang disebabkan oleh termakan atau serapan melalui kulit masih tidak banyak dijalankan.

Apabila bahan formaldehyde wujud di dalam produk kecantikan, pengguna akan terdedah kepada gas yang dibebaskan oleh bahan formaldehyde secara tidak langsung melalui penghiduanpenggunaakan menghidu gas tersebut, termakan atau serapan melalui kulit.

Walaupun secara umumnya kepekatan formaldehyde yang digunakan dalam produk kosmetik adalah rendah, kebanyakan produk yang digunakan sepanjang hari mengandungi kepekatan formaldehyde yang cukup untuk bertindak pada pengguna yang sensitif kepada formaldehyde. Sensitiviti kepada formaldehyde boleh terjadi kerana pendedahan yang secara berulang kali kepada formaldehyde walaupun dengan kepekatan yang rendah. Kewujudan bahan formaldehyde dalam produk kosmetik sememangnya diketahui umum boleh menyebabkan alahan dan ruam pada kulit bagi sebahagian pengguna yang sensitif.

Nasihat Kepada Pengguna

Pengguna adalah dinasihatkan supaya mematuhi panduan seperti berikut bagi memastikan keselamatan semasa penggunaan produk kosmetik :

  1. Sebelum membuat pembelian, pengguna dinasihatkan supaya menyemak senarai bahan dan informasi pada label pembungkusan terlebih dahulu.
  2. Sekiranya produk tersebut dijual untuk kegunaan salon sahaja, pengguna berhak untuk mengetahui kandungan bahan dalam produk tersebut dengan bertanya kepada pekerja salon tersebut.
  3. Apabila pengguna ingin membeli sesuatu produk, pastikan dahulu bahawa produk itu bukan produk yang telah diambil tindakan regulatori oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia seperti digantung notifikasi ataupun telah dipanggilbalik dari pasaran. Pengguna boleh membuat semak maklumat tersebut melalui www.bpfk.gov.my
  4. Pengguna dinasihatkan supaya mengikut arahan cara penggunaan seperti terdapat pada label produk.
  5. Apabila pengguna mengalami sebarang kesan sampingan yang tidak diingini, berhenti menggunakan produk tersebut dan dengan segera dapatkan rawatan doktor.
Semakan Akhir : 20 Januari 2014
Penulis : Nurhirza bt. Shaiful Yamin
Akreditor : Rokiah bt. Isahak

 

Artikel Berkaitan

Ubat Steroid Topikal

Pengenalan Ubat steroid topikal ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah

Produk Anti Penuaan

Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari, asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu. Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,236,190

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia