A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Fonologi

Fonologi lebih difahami sebagai kaedah penghasilan bunyi pertuturan. Sumber bunyi iaitu udara daripada paru-paru berubah mengikut cara penghasilan dan tempat artikulasi bagi membentuk bunyi-bunyi pertuturan yang khusus.

Fonologi atau lebih difahami sebagai kaedah penghasilan bunyi pertuturan. Sumber bunyi iaitu udara daripada paru-paru berubah mengikut cara penghasilan dan tempat artikulasi bagi membentuk bunyi-bunyi pertuturan yang khusus.

Cara Penghasilan

Cara penghasilan merujuk kepada bagaimana sesuatu bunyi pertuturan dihasilkan.

Bagi huruf vokal (a, e, i, o, u) dihasilkan dengan mengubah pergerakan mulut tanpa sekatan udara dalam rongga mulut dan hidung bagi memperoleh bunyi vokal berkenaan.

Bagi huruf konsonan pula, cara penghasilan bunyi-bunyi huruf konsonan adalah seperti berikut:

  • Plosif : bunyi huruf yang terhasil akibat letupan angin yang terkumpul di dalam mulut
  • Sengau (nasal) : bunyi huruf yang terhasil akibat pengeluaran udara dari rongga hidung
  • Berdesir (fricative) : bunyi huruf yang terhasil akibat pengeluaran udara secara desiran di rongga mulut

Tempat Artikulasi

Tempat artikulasi pula merujuk kepada kedudukan organ pertuturan dalam rongga mulut bagi menghasilkan bunyi konsonan. Setiap organ pertuturan seperti bibir, lidah, gusi, gigi, dan lelangit memainkan peranan penting bagi mendapatkan bunyi pertuturan yang tepat. Antara tempat artikulasi adalah seperti:

  1. Bibir (bilabial)
  2. Lidah dan gigi (labio-dental)
  3. Gusi (alveolar)

Bagi memahami dengan lebih jelas tentang penghasilan bunyi pertuturan, rujuk kepada Jadual 1 di bawah. Jadual tersebut menunjukkan setiap huruf konsonan mempunyai cara penghasilan dan tempat artikulasi yang khusus. Kebiasaannya kesalahan sebutan yang berlaku boleh dikenalpasti dengan melihat bagaimana penghasilan bunyi tersebut berlaku.

Jadual 1 : Carta penghasilan bunyi-bunyi pertuturan

Carta penghasilan bunyi-bunyi pertuturan
Sumber : www.esl-lounge.com

Pemerolehan bunyi-bunyi konsonan diperoleh secara berperingkat mengikut perkembangan organ-organ pertuturan. Huruf-huruf awal yang dikuasai oleh kanak-kanak adalah p,m,h,w, dan n (rujuk Jadual 2). Kebanyakan kanak-kanak dapat menguasai keseluruhan bunyi pertuturan pada usia lapan tahun.

Jadual 2 : Carta penguasaan bunyi konsonan mengikut umur

Carta penguasaan bunyi konsonan mengikut umur
Sumber www.livebinders.com

Dalam tempoh menguasai pertuturan dengan tepat, kanak-kanak biasanya akan melakukan beberapa proses fonologi. Proses fonologi melibatkan kesalahan sama ada cara penghasilan atau daerah artikulasi semasa penghasilan bunyi dilakukan (rujuk Jadual 3). Kebanyakan kanak-kanak normal mampu menguasai penghasilan bunyi secara konsisten pada usia lima tahun.

Jadual 3 : Carta perkembangan proses fonologi di kalangan kanak-kanak

Carta perkembangan proses fonologi di kalangan kanak-kanak
Sumber www.thethriftyslp.blogspot.com
 

Rujukan

  1. www.esl-lounge.com
  2. www.livebinders.com
  3. www.thethriftyslp.blogspot.com
  4. http://www.asha.org/public/speech/disorders/SpeechSoundDisorders/
  5. http://www.speech-language therapy.com/index.php?option=com_content&view=article&id=35:admin&catid=2:uncategorised&Itemid=117
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Ropidah bt. Razali
Akreditor : Amelia Inbam Neelagandan
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,229,130

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia