A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Fibroadenosis

Fibroadenosis (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul ketika diperiksa dan kadangkala boleh terasa sakit. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Apa itu Fibroadenosis?

Fibroadenosis (penyakit payudara Fibrocystic) adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul ketika diperiksa dan kadangkala boleh terasa sakit. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Gejala dan tanda

  • Lebih kerap dihadapi oleh wanita berumur dari 30-50 tahun
  • Sakit terutama bila disentuh dan terasa bengkak
  • Tanda ini lebih ketara ketika hendak datang haid
  • Biasanya sakit berkurangan selepas haid
  • Saiz ketulan fibroadenosis boleh berubah –ubah
  • Boleh terasa ketulan pada payudara
  • Ketulan fibroadenoasis boleh terdapat pada satu atau kedua-dua payudara
  • Kebanyakan sista (cysts) muncul 5 tahun sebelum putus haid (menopause)

Komplikasi

Jika ketulan fibroadenoasis diperiksa dan dibiarkan tanpa pembedahan,  ia mungkin perlu dikeluarkan pada suatu masa jika terdapat perubahan pada saiz ketulan, atau ketulan itu masih dapat dirasai. Ketulan fibroadenoasis jarang bertukar menjadi kanser.  

Rawatan

  • Mamografi jika ketulan dapat dirasa pada usia lebih daripada 40 tahun
  • Biopsi dan sitologi jika ketulan dapat dirasai
  • Aspirasi dan sitologi jika sista (cysts)  dapat dirasai
  • Jika payudara anda terasa sakit, terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk melegakan rasa sakit.

Cara-caranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Menggunakan mandian panas, pek pemanas, atau pek ais untuk membantu meredakan kesakitan.
  • Memakai coli sokongan yang sesuai untuk mengurangkan pergerakan dan melegakan ketidakselesaan payudara.
  • “Mengurut payudara menggunakan minyak urut atau minyak pati yang dicairkan”
  • Gel tahan sakit dan losyen boleh membantu mengurangkan sakit payudara, tetapi ia boleh juga menyebabkan gatal, kemerahan dan melepuh pada sesetengah orang. Namun, bahan ini  tidak harus digunakan jika anda mengandung atau menyusukan anak.
  • Analgesik (ubat tahan sakit) mengikut nasihat oleh anggota kesihatan terlatih.

Pencegahan

Kementerian Kesihatan menyarankan agar semua wanita melakukan pemeriksaan klinikal payu dara secara berkala dan melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

  • Jika anda terasa ketulan semasa pemeriksaan sendiri payudara, anda disarankan untuk mendapat pemeriksaan selanjutnya oleh anggota kesihatan terlatih di klinik berdekatan.
  • Pemeriksaan payudara secara teratur sangat penting kerana ia akan dapat mengesan sebarang perubahan yang kecil di peringkat awal sebelum anda mempunyai sebarang tanda atau gejala lain.
  • Semua wanita berusia lebih 40 tahun yang berisiko kanser payudara, adalah dipelawa untuk melakukan ujian mamogram.
  • Anda boleh menghubungi klinik yang terdekat untuk pemeriksaan klinikal dan ujian yang diperlukan.

Pemulihan / Prognosis

Prognosis adalah sangat baik. Ketulan fibroadenosis  secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser.  Pemeriksaan klinikal payudara sendiri secara berkala adalah dinasihatkan untuk mengesan perubahan pada payudara anda di peringkat yang lebih awal.

Rujukan

  1. John Murtagh’s Patient Education, Fifth edition
  2. Iglehart JK, Smith BL. Diseases of the breast. In: Townsend CM Jr, Beauchamp RD, Evers BM, Mattox KL, eds. Sabiston Textbook of Surgery. 18th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 34
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penterjamah : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Akreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah ketulan licin yang abnormal pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous). Ketulan tersebut kenyal dan terasa boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dirujuk sebagai ‘tetikus payu dara’.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,209,904

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia