A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa itu “Fetisyisme”?

  • Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia.
  • Seseorang yang mengalami fetisyisme (pujaan melampau) akan terangsang secara seksual oleh sesuatu benda/objek atau aktiviti. Contoh objek tersebut adalah pakaian seperti seluar dalam, baju dalam, coli atau kasut. Objek-objek ini pula mungkin diperbuat daripada bahan-bahan tertentu seperti bulu binatang, kulit atau getah.
  • Aktiviti-aktiviti termasuk menari, melakonkan mengikut fantasi atau menonton aksi ganas.
  • Selalunya seseorang yang mempunyai kecenderungan ini tidak boleh mendapat rangsangan seksual tanpa adanya objek ini semasa perhubungan seks.

Contohnya:

Seorang yang mengalami fetisyisme dengan kasut kulit, tidak akan mendapat rangsangan seksual sekiranya pasangannya tidak memakai kasut kulit semasa melakukan hubungan seks,. Maka pasangannya akan disuruh menggunakan alat/objek tersebut. Ini akan menegangkan perhubungan tersebut. Banyak perhubungan dan perkahwinan yang menghadapi masalah akibat perkara ini. (Contohnya pesakit yang Fetish kepada seluar dalam mungkin mengakibatkan kepada mencuri seluar dalam.)

 

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan?

  • Anda terlibat dalam pujaan melampau “Fetisyisme”
  • Anda risau sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ke arah “Fetisyisme”
  • Anda mengenali seseorang dengan masalah ini

 

Siapakah yang dapat membantu?

Langkah pertama ialah bersikap terbuka dan meluahkan perasaan anda kepada sesiapa yang anda percaya.

  • Keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru/ Kaunselor
  • Pembimbing Rakan Sebaya/Pembimbing Rakan Sekerja
  • Doktor

Beberapa pertubuhan yang boleh membantu:

Pautan kepada Agensi Kerajaan

Pautan kepada Badan Bukan Kerajaan

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan Nasir
Penyemak : Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said

 

Artikel Berkaitan

Keganasan

Apakah itu keganasan? Keganasan adalah satu tindakan agresif ketahap dimana

Mimpi Basah

Mimpi basah. Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda.

Dismenorea

Dismenorea atau senggugut bermaksud sakit sewaktu datang haid.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,093,475

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia