Home > Laman Utama > Farid Patrick b. Abdullah

Farid Patrick b. Abdullah

alt

Dr. Farid Patrick b. Abdullah @ Patrick Rajoo merupakan Ketua Unit dan Pakar Pergigian Ortodontik di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Kerajaan Jalan Perak, Pulau Pinang.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1988 dengan memperolehi ijazah Bachelor Of Dental Surgery (BDS). Seterusnya beliau telah lulus dalam pengajian Master in Science (MSc. Orthodontics) di Eastman Dental Institute, University College London pada tahun 2003 dan seterusnya mendapatkan kelayakan Membership In Orthodontic Royal College of Edinbrugh (M.OrthoRCSEd) pada tahun 2004. Seterusnya beliau juga telah di daftarkan sebagai pakar ortodontik dalam National Specialist Registrar Malaysia (NSR) pada tahun 2012. Beliau adalah ahli dalam Royal College of Edinbrugh (RCSEd), Malaysian Association of Orthodontist (MAO) dan Malaysian Dental Association (MDA).

Kerja-kerja beliau melibatkan pembetulan susunan gigi yang bermaloklusi, penyedian pembetulan maloklusi rahang yang memerlukan pembedahan rahang, perawatan dan pembetulan kes-kes pesakit yang mempunyai masalah maloklusi klef dan syndromic.

Pengalaman kerja:

  1. 1989 – 2000  Pegawai Pergigian di Negeri Sarawak
  2. 2001 – 2004  Pengajian Kepakaran Ortodontik di London , United Kingdom.
  3. 2004             Pakar Klinikal Ortodontik di Kuching, Sarawak
  4. 2004 – 2009  Pakar Ortodontik di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Kerajaan Jalan Perak, Negeri Pulau Pinang
  5. 2009 – kini    Ketua Unit dan pakar Ortodontik di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Kerajaan Jalan Perak, Negeri Pulau Pinang
  6. 2009- kini     Visiting Consultant Orthodontist Di Hospital Pakar Metro, Sg Petani, Kedah
  7. 2004 – 2011  Pakar Ortodontik dan pengajar sementara (pelawat/Visiting Orthodontist) di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian  Malaysia, Pulau Pinang.
  8. 2008 – 2010  Visiting Orthodontist di Unit Ortodontik Mak Mandin, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
  9. 2010             Visiting Orthodontist di Unit Ortodontik Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah 
  10. Kerja amal (charity) perawatan ortodontik  bagi anak-anak yatim-piatu di  Kuching, Sarawak dalam projek “The Laila Taib Smile of Hope Charity (TLTSOHP) ” di bawah tajaan Kerajaan Negeri Sarawak.

 

Semakan Akhir : 7 November 2013