Faktor-faktor pelindung yang boleh meningkatkan semangat ketahanan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai semangat ketahanan tinggi dapat menangani dan menghadapi ranjau kehidupan yang sukar dengan lebih yakin.
Berikut adalah risiko dan faktor perlindungan yang memberi kesan kepada kesihatan mental di kalangan kanak-kanak:
Faktor Risiko |
Faktor Perlindungan |
Biologikal |
- Terdedah kepada toksin (spt. tembakau, arak) semasa dalam kandungan
- Faktor genetik menambah risiko gangguan mental
- Kecederaan di kepala
- Kekurangan oksigen ke otak semasa dilahirkan
- Jangkitan HIV
- Kekurangan zat makanan
|
- Perkembangan fizikal bersesuaian dengan umur
- Kesihatan fizikal yang baik
- Fungsi intelek yang baik
|
Psiko logikal |
- Masalah pembelajaran
- Penderaan dan pengabaian seksual, fizikal dan emosi
- Perwatakan yang bermasalah
- Ciri-ciri personaliti yang sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran
|
- Belajar dari pengalaman
- Keperibadian yang tinggi
- Bijak mengesan dan menyelesaikan masalah
- Bijak bergaul (sosial)
|
Sosial |
Kekeluargaan
- Penjagaan yang tidak konsisten
- Perbalahan dalam Keluarga
- Kurang disiplin dalam keluarga
- Pengurusan keluarga yang lemah
- Kematian ahli keluarga
|
- Hubungan kekeluargaan yang sihat
- Peluang yang luas untuk terlibat dalam hal-hal keluarga
- Pengiktirafan dari pihak keluarga
|
Sekolah
- Gagal dalam pelajaran dan keciciran
- Persekitaran sekolah yang tidak sihat
|
- Pencapaian akademik yang cemerlang
- Persekitaran sekolah yang yang sihat dan mesra
|
Masyarakat
- Masyarakat yang bercelaru
- Dipinggirkan dan berpuak-puak
- Terdedah kepada keganasan
|
- Penglibatan yang baik dalam masyarakat
- Pilihan yang luas untuk mengisi masa lapang
- Pengalaman dalam aktiviti kebudayaan yang baik
- Mempunyai idola ( role model) yang baik
- Hubungan yang baik dengan pertubuhan kemasyarakatan termasuk pertubuhan -pertubuhan keagamaan
|
Kumpulan sokongan
Malaysian Mental Health Association (MMHA)
No. 1, Jalan 3/66
46000 Petaling Jaya
Tel: 03-7782-5499 Fax: 03-7783-5432
Email :mmha@tm.net.my
Website : http://www.mentalhealth.org.my
Penulis |
: |
Dr. Baizury Bt. Bashah |
Semakan Akhir |
: |
20 April 2012 |
Penyemak |
: |
Dr. Eni Rahaiza binti Muhd Ramli |