Home > Umum > Forensik > Pembangunan Pengurusan Bencana dan Pengenalan Mangsa Bencana (DVI) Di Malaysia

Pembangunan Pengurusan Bencana dan Pengenalan Mangsa Bencana (DVI) Di Malaysia

Evolusi Dan Pembangunan Pengurusan Bencana Dan Pengenalan Mangsa Bencana (DVI) Di Malaysia

Bencana adalah peristiwa buruk atau malang yang melampau, yang datang secara tiba-tiba menyebabkan kerosakan besar kepada manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bencana ini berlaku dengan cepat, serta-merta dan tidak berat-sebelah. Peristiwa yang melampau ini berlaku sama ada secara semulajadi atau buatan manusia yang melebihi had toleransi di dalam atau di luar satu had masa yang tertentu; membuat pelarasan yang sukar, mengakibatkan kerugian teruk terhadap harta benda, pendapatan dan lumpuhkan kehidupan seseorang.

Sejak kemerdekaan, Malaysia telah berkembang dan maju pada kadar yang belum pernah dilakukan serta telah berubah daripada pertanian kepada sebuah negara perindustrian. Malahan, berikutan dengan perkembangan perindustrian di Malaysia, bencana yang berkaitan dengan pembangunan dan teknologi menjadi lebih ketara. Malaysia telah mengalami pelbagai magnitud bencana-bencana yang terdiri daripada biologi, keruntuhan struktur, kebakaran dan letupan, tanah runtuh dan kejadian meteorologi. Senarai bencana yang lebih lengkap di Malaysia boleh dirujuk pada Jadual 1 di bawah.

Bencana paling buruk yang boleh dikaitkan dengan pembangunan negara adalah keruntuhan sebuah bangunan empat tingkat pada tahun 1968. Penyiasatan Suruhanjaya Diraja  yang ditugaskan untuk menyiasat mendapati undang-undang Perbandaran Kuala Lumpur telah ketinggalan zaman dan mencadangkan penggubalan undang-undang supaya ia seragam di seluruh negara dalam usaha untuk memenuhi perubahan keperluan industri pembinaan. Api dan letupan kilang bunga api Bright Sparklers Fireworks di Sungai Buloh, Selangor pada Mei 1991 adalah salah satu bencana kimia paling buruk di negara ini. Tragedi letupan yang diikuti seterusnya adalah sebuah lagi kilang bunga api di Beranang, Selangor pada tahun 1992 mengakibatkan kerajaan pusat membuat keputusan untuk mengharamkan penubuhan kilang bunga api di negara ini.

Terdapat banyak kelemahan pada prosedur tindakan kecemasan dan penyelarasan telah dikenal pasti semasa menjalankan operasi menyelamat dalam bencana tersebut. Justeru itu, pihak berkenaan menyedari bahawa pasukan tindak-balas kecemasan tidak terlatih dan bersedia untuk menangani bencana yang melibatkan bahan-bahan berbahaya dan ini telah menyebabkan pembentukan pasukan HAZMAT di Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Selepas itu, seluruh negara dikejutkan dengan keruntuhan kondominium mewah Highland Towers pada 11 Disember 1993. Satu daripada tiga blok, yang terdiri darpada 12 tingkat tinggi, runtuh selepas 10 hari hujan yang berterusan. Selepas 8 hari aktiviti mencari dan menyelamat, 48 orang telah direkodkan meninggal dunia. Kekurangan kepakaran tempatan dalam operasi menyelamat khusus mengakibatkan pembentukan Pasukan Bantuan Bencana Malaysia dan Penyelamat Bencana Khas Malaysia (SMART) pada 1 Ogos 1995.

Di bawah pengendalian MKN Jabatan Perdana Menteri, mekanisma Pengurusan Bencana dalam negeri telah dirumuskan pada Mei 1994, untuk menyelaras semua agensi kecemasan dan mengendalikan aktiviti bantuan semasa kejadian bencana besar di atas tanah yang bernama MKN Arahan 20. Ini ditubuhkan selepas tragedi Highland Towers yang digunakan sebagai teladan dan rujukan untuk pengurusan bencana masa depan, di mana “Polisi dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana” telah dirangka.

MKN Arahan 20 adalah suatu tata cara operasi standard (SOP) bagi semua jabatan yang terlibat dalam pengurusan bencana. Tujuan utama arahan ini adalah untuk menyediakan satu program pengurusan kecemasan menyeluruh yang bertujuan mengurangkan pelbagai kesan yang berbahaya, menyediakan langkah-langkah yang akan memelihara nyawa dan mengurangkan kerosakan terhadap alam sekitar, bertindak balas semasa kecemasan dan memberi bantuan serta mewujudkan satu sistem pemulihan untuk memastikan masyarakat yang terjejas akan kembali seperti sedia kala.

Antara jenis-jenis kejadian bencana yang dilindungi di bawah Arahan 20 adalah; bencana alam seperti banjir, ribut, kemarau, tanah-runtuh dan lain-lain; kemalangan perindustrian besar seperti kebakaran dan letupan; keruntuhan bangunan, kemalangan kereta api; kemalangan nuklear; kemalangan penerbangan yang berlaku di kawasan perumahan dan keadaan jerebu teruk yang menyebabkan tekanan alam sekitar dan menjejaskan ketenteraman awam.

Jadual 1 : Senarai Bencana Besar di Malaysia

Keadaan bencana adalah unik sesama satu sama lain yang memerlukan pelarasan dalam penglibatan pelbagai parti, kekurangan masa untuk membuat keputusan dan perubahan dalam peranan dan tanggungjawab. Pengalaman Malaysia dalam pengurusan bencana untuk 10 tahun yang lalu telah mengakibatkan keperluan dalam menangani pengurangan isu bencana terhadap mekanisme yang lebih baik di mana kerja bantuan dan menyelamat boleh dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah agensi utama di negara ini yang bertanggungjawab untuk keselamatan keseluruhan di Malaysia yang terdiri daripada tiga peringkat, di mana tiap-tiap jawatankuasa di setiap peringkat mempunyai tanggungjawab tersendiri. Dalam Peringkat I, kecemasan ditempatkan di dalam negeri di mana sumber-sumber dalam negeri adalah mencukupi bagi menguruskan tindak balas bencana. Peringkat II ditentukan oleh keadaan darurat bencana yang menjejaskan lebih daripada 2 kawasan dan memerlukan bantuan dan sokongan dari luar. Dalam Peringkat III, bencana diklasifikasikan lebih rumit yang mempengaruhi negeri-negeri lain. Tiga peringkat ini diringkaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Jawatankuasa Eksekutif / Peringkat Pengurusan Bencana

Sumber : Majlis Keselamatan Negara (2011)

Apabila sesuatu bencana berlaku, jabatan polis atau bomba dan jabatan penyelamat akan memaklumkan MKN serta agensi-agensi lain seperti Jabatan perubatan, jabatan kerja-raya, telekomunikasi dan NGO. Selepas itu, MKN akan membentuk satu Jawatankuasa Pengurusan Krisis Negeri/Daerah. Jawatankuasa ini terdiri daripada Menteri, EXCO negeri, Setiausaha MKN dan pegawai daerah. Pasukan itu akan membuat keputusan tindakan-tindakan terhadap peristiwa bencana tersebut. Pusat pemindahan juga ditubuhkan untuk menyediakan penjagaan sementara untuk mangsa terlibat.

Proses Disaster Victim Identification (DVI) adalah sama pentingnya dengan pengurusan dan penyelarasan bencana. DVI adalah istilah yang digunakan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam bencana buruk atau mengalami kerosakan yang berat yang menenggelamkan sumber masyarakat secara langsung menjejaskan keupayaan mereka untuk menangani atau bertindak balas tanpa bantuan luar. Hampir semua bencana ini yang berlaku sering ada kehilangan nyawa yang banyak serta kerosakan harta benda dan kehilangan tanaman dan ternakan. Tujuan utama DVI adalah untuk mengenal pasti dengan betul mangsa yang telah meninggal dunia di dalam sesuatu  bencana atau kejadian di mana melibatkan beberapa kematian mangsa bukan sesuatu proses yang cepat atau mudah; atau di mana identiti mangsa bertindih sebelum mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga masing-masing. Proses ini amat teliti dengan menggunakan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan piawaian INTERPOL dan piawaian undang-undang yang perlu dipatuhi bagi pihak Koroner.

Terdapat pelbagai cara seseorang mangsa dapat dikenal pasti, di antaranya adalah pengenalan visual oleh saudara-mara ataupun kawan-kawan rapat, secara saintifik, melalui bukti-bukti lanjut serta teliti yang mengikut keadaan tertentu atau gabungan kesemua ini. Dengan memadankan kesan peribadi atau barang-barang peribadi boleh dijadikan sebahagian daripada proses pengenalan visual. Cara-cara saintifik yang digunakan termasuk pemeriksaan pergigian atau Forensik Odonlogi, pemeriksaan forensik patologi termasuk perolehan DNA untuk menganalisiskan DNA serta pemeriksaan cap jari pada mangsa tersebut. Menurut garis panduan INTERPOL, terdapat empat langkah dalam proses DVI iaitu fasa tempat kejadian, fasa bedah siasat (PM), fasa antemortem (AM) dan fasa pemulihan.

Walau bagaimanapun, operasi DVI keseluruhanya hanya boleh berjaya jikalau terdapat perancangan dan penyelarasan dibuat, baru saja proses DVI INTERPOL sebenar boleh dilakukan dengan lancar. Agensi yang terlibat dalam pengurusan DVI perlu memberi tumpuan dalam pengurusan harta atau barangan peribadi dan juga menubuhkan sebuah Persatuan Unit Perhubungan, Pakar Unit Forensik dan Unit Pemulihan. Akhir sekali, Suruhanjaya Pengesahan Identiti akan mengambil bahagian dan ini akan diikuti dengan fasa debriefing itu.

Kerjasama serantau dan sub-regional dalam bidang pengurusan bencana dan persediaan dikenal sebagai proses amat penting dalam usaha untuk mengurangkan risiko bencana dan melaksanakan langkah-langkah mitigasi, tindak balas dan pemulihan yang berkesan. Oleh sebab itu, Malaysia memberi sokongan terhadap pelbagai forum-forum serantau seperti Jawatankuasa ASEAN dalam Pengurusan Bencana (ACDM), Forum Serantau ASEAN (ARF), Pasukan Jerebu Petugas serantau ASEAN serta Pasukan Pemadam Api sub-regional. Malaysia percaya bahawa sesuatu mekanisme serantau diperlukan untuk menggalakkan pertukaran maklumat dan perkongsian pengalaman di kalangan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan bencana di rantau ini. Kerjasama serantau itu dijangka boleh memberi sumbangan besar kepada usaha-usaha pengurangan bencana dan meningkatkan keupayaan pengurusan bencana negara dalam bidang mobilisasi sumber, rangkaian komunikasi, system-sistem amaran serta teknik-teknik ramalan dan latihan.

Bencana-bencana berkembang daripada sesuatu sistem yang kompleks dan kerumitan ini semakin meningkat kerana dunia ini telah berubah menjadi satu entiti melalui globalisasi. Bencana-bencana  berubah bentuknya hasil daripada tindak balas dalam pertambahan penduduk-penduduk di dunia ini dan pembandaran, pertumbuhan ekonomi, globalisasi perdagangan, kemajuan teknologi dan trend yang lain yang sedang beroperasi di seluruh dunia hari ini. Malaysia masih perlu belajar untuk meningkat serta membangunkan persiapan menghadapi bencana dan sistem pengurusan bencana yang lebih baik.

Rujukan

  1. Aini Mat Said and Fakhrul-Razi Ahmadun. Disaster Management in Malaysia : Evolution, Development and Future Challenges. JURUTERA. 2007.
  2. Badruddin Rahman. Issues of Disaster Management Preparedness : A Case Study of Directive 20 of National Security Council Malaysia. International Journal of Business and Social Science. Vol. 3(5). 2012.
  3. Disaster Victim Identification DVI Guide. INTERPOL. 2014.
  4. Magiswary Dorasamy, Murali Raman and Maniam Kaliannan. Evaluating CEMAS in Simulated Environment to Support Disaster Management Challenges. Proceedings of the 11th International ISCRAM Conference, University Park, Pennsylvania, USA. 2014.
  5. National Security Council, Department of Prime Minister, Malaysia. Directive 20 (Reviewed version). 1997.

 

Semakan Akhir : 8 September 2015
Penulis / Penterjemah : Khoo Lay See
Akreditor : Dr. Ahmad Hafizam bin Hasmi