Erb’s Palsy

Pleksus Brakial

Erb’s palsy biasanya melibatkan saraf C5 dan C6. (Gambar.1)

erbpalsy
Sumber : Wikipedia.org

Erb’s palsy atau Erb-Duchenne palsy merupakan kelumpuhan pada tangan akibat kecederaan pada bahagian hulu saraf C5-C6. (gambar.1) Kecederaan pranatal merupakan punca utama traumatic peripheral neuropraxias / nerve palsies. Keberangkalian kejadian Erb’s palsy adalah lebih kurang 0.35 ke 5 kes dalam 1000 kelahiran bayi.

Faktor risiko

Faktor risiko Erb’s palsy termasuk: 1) macrosomia(bayi bersaiz besar), 2) shoulder dystocia, 3) kesukaran semasa proses kelahiran atau proses kelahiran yang berpanjangan, 4) instrumental vaginal delivery, 5) cephalic presentation, 6) trauma pada bahagian leher dan bahu menyebabkan saraf teregang 7) kecederaan seperti luka akibat tembakan, tarikan kuat pada tangan atau semasa proses percubaan untuk membetulkan bahu yang terkehel. Kepatahan pada tulang selangka juga boleh menyebabkan Erb’s palsy. Kelumpuhan pada tangan bergantung kepada tahap kecederaan pada saraf  yang terlibat.

Tanda-Tanda klinikal

Erb’s plasy akan menyebabkan tangan bayi tergantung longlai tak bermaya dengan bahu dan lengan tangan berpusing ke arah dalam, tapak tangan menghala ke belakang serta jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan bengkok. (gambar.2) Tanda klasikal bagi Erb’s plasy ialahwaiter’s tip hand.(gambar.3)

(Gambar.2) Kecacatan Erb’s palsy (Gambar.3) waiter’s tip hand
erbpalsy1 erbpalsy2
Sumber : www.google.com/search Sumber : www.google.com/search

Selain daripada menyebabkan kemerosotan fungsi otot, kanak-kanak tidak berupaya untuk makan sendiri atau mengangkat tangan melepasi paras bahu. Erb’s palsy juga menjejaskan perkembangan deria rasa terutamanya di bahagian  sempadan luar lengan atas.

Rawatan

Pemulihan pada tangan bergantung kepada keterukan kecederan pada saraf.  Sekiranya kecederaan saraf hanya melibatkan kebengkakan dan lebam, maka proses penyembuhan mungkin hanya mengambil masa beberapa hari atau beberapa minggu. 80% hingga 90% kanak-kanak yang mengalami Erb’s palsy akan pulih sepenuhnya. Rawatan untuk kelumpuhan Erb’s palsy termasukimmobilisasi, fisioterapi dan, dalam kes-kes tertentu, pembedahan. Sekiranya tiada tanda-tanda kefungsian otot bisep dikesan apabila umur bayi mencecah lima bulan, Surgical exploration pada pleksus brakial menjadi wajar untuk meningkatkan hasil penyembuhan.

Immobilisasi

Pada minggu pertama selepas kecederaan, rawatan yang dicadangkan ialah merehatkan atau mengurangkan pergerakan pada anggota yang terlibat. Adalah disarankan untuk meletakkan bantal di sepanjang lengan dengan tapak tangan menghadap ke atas ketika kanak-kanak sedang tidur atau berehat. Semasa memakai pakaian, pastikan tangan yang terjejas disarungkan dahulu, dan keluarkannya kemudian semasa menanggalkan pakaian. Gunakan pakaian yang longgar untuk kanak-kanak sehingga terdapat tanda-tanda pergerakan aktif pada tangan yang terjejas.

Perawatan Fisioterapi

Perawatan fisioterapi dalam 6 bulan pertama adalah bertujuan untuk mengelakkan kecacatan dan kekakuan sendi. Antara rawatan fisioterapi adalah senaman terapeutik (senaman aktif dan senaman pasif untuk mengekalkan julat pergerakan sendi), senaman regangan, sensory stimulation, task-orientated exercise untuk mengalakkan aktiviti berfungsi serta kinesio taping.

Senaman dapat membantu merangsang saraf, serta mengalakkan deria rasa dan pergerakan. Terapi senaman perlu dilaksanakan setiap hari untuk mengekalkan julat pergerakan sendi dan mengekalkan kekuatan otot.

Berikut adalah senarai senaman untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang ada masalah kelumpuhan Erb’s palsy. Sila berbincang dan dapatkan khidmat nasihat dari ahli fisioterapi anda sebelum memulakan senaman, terutamanya jika anak anda telah mengalami kepatahan tulang selangka.

Senaman perlu dilakukan semasa bayi dalam keadaan santai. Senaman yang dilakukan jangan dipaksa atau menyakitkan. Lakukan senaman secara perlahan-lahan dan cermat, ibubapa atau penjaga digalakan melakukan senaman sekerap yang mungkin, sebaik-baiknya tiga kali sehari atau setiap kali bila menukar lampin.

Senaman 1

Shoulder flexion

Posisi mula : baringkan anak anda dalam keadaan yang selesa, pastikan tapak tangan anak anda dalam posisi menghadap ke atas. (gambar. 1)

Angkat tangan anak anda melepasi paras kepala dengan menyokong bahagian bahu menggunakan tangan kiri, pastikan siku tidak dibengkokkan. (gambar.1a) Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali.

erbpalsy3 copy erbpalsy4 copy
gambar.1 Sumber : Unit Fisioterapi    Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah gambar.1a Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah

Senaman 2

Elbow flexion

Posisi mula : baringkan anak anda dalam keadaan yang selesa, pastikan tapak tangan anak anda dalam posisi menghadap ke atas. (gambar.2)

Pegang sendi siku bengkokkan siku sehingga tangan menyentuh pipi anak anda. (gambar. 2a) Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali.

erbpalsy5 copy erbpalsy6 copy
  gambar.2 Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah gambar.2a Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah

Senaman 3:

Shoulder rotation

Posisi mula : tetapkan bahu anak anda pada kedudukan 90 darjah dari tubuh badan dengan sendi siku dalam keadaan bengkok . (gambar.3)

Pegang pada pergelangan tangan anak anda dan turunkan lengan ke arah kaki supaya tapak tangan adalah menghala ke bawah. Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali. (gambar.3a)

Pegang pada pergelangan tangan anak anda dan turunkan lengan   ke arah kepala supaya tapak tangan adalah menghala ke atas. Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali. (gambar.3a)

erbpalsy7 copy erbpalsy8 copy erbpalsy9 copy
gambar.3 Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak  Sabah gambar.3a Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak  Sabah gambar.3b Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah

Senaman 4:

Elbow pronation

Posisi mula : tetapkan lengan anak anda mendekati tubuh badan dengan sendi siku dalam keadaan bengkok 90 darjah. (gambar.4)

Pusing tapak tangan anak anda supaya ia menghadap ke bawah. Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali. (gambar.4a)

erbpalsy10 erbpalsy11
gambar.4 Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah gambar.4a Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah

Senaman 5:

Elbow supination

Posisi mula : tetapkan lengan anak anda mendekati tubuh badan dengan sendi siku dalam keadaan bengkok 90 darjah. (gambar.5)

Pusing tapak tangan anak anda supaya ia menghadap ke atas. Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali. (gambar.5a)

erbpalsy10 erbpalsy13
gambar.5 Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah gambar.5a Sumber : Unit Fisioterapi   Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah

Senaman 6:

Wrist flexion and Wrist Extension

Posisi mula : pegang tangan anak anda rapat dengan tubuh badan.

erbpalsy14gambar.6 Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah Bengkokkan pergelangan tangan anak anda dengan tapak tangan menghadap ke bawah. Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali. (gambar.6)
erbpalsy15gambar.6a Sumber : Unit Fisioterapi Hospital Wanita & Kanak-kanak Sabah Bengkokkan pergelangan tangan anak anda dengan tapak tangan menghadap ke atas. Kekalkan posisi selama 10 saat dan ulangi senaman sama sebanyak 5 kali. (gambar.6a)  

References

  1. Chater M, Camfield P, and Camfield C. Erb’s Palsy – Who is to be blame and  what will happen? Paediatrics and Child Health. 2004 Oct;9(8):556-560
  2. Forbes H, Erb’s Palsy exercise information. Royal Berkshire NHS Foundation Trust. 2015;1-3
  3. Gosk J, and Rutowski R. Obstetrical brachial plexus palsy – etiopathologenesis, risk factors, prevention. Prognosis. Ginekol Pol. 2004 Oct;75(10):814-20 [Pub Med]
  4. Malik S, Bhandekar HS, Korday CS. Traumatic peripheral neuropraxias in neonates : a case series. J Clin Diagn Res. 2014 Oct;8(10):PD10-12 [Pub Med]
  5. Ritchie L and Walker W. Erb’s Palsy. Physiopedia 2015. http://www.physio-pedia.com/Erb’s_Palsy [Pub Med]
  6. Tecklin JS. Pediatric Physical Therapy. 3rd Edition. 1999 Lippincott Williams & Wilkins

Sumber images

1. Wikipedia.org. Retrieved August 3 2015. https://en.wikipedia.org/wiki/Erb%27s_palsy 2.Google search engine. Retrieved August 3 2015. https://www.google.com/search erbpalsy images. 3. (2015) Unit Fisioterapi, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah. Retrieved July 27 2015.  

Semakan Akhir : 29 Jun 2016
Penulis : Lily Kong @Kwong
Akreditor : Daaljit Singh Harbachan Singh