A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Syndrom Corpus

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/dewasa/Syndrom_Corpus/Syndrom_Corpus.flv[/flv]

Download:

 

Transkipsi

V/o

Simptom

  • Bila  timbul rasa-rasa kebas di jari-jari (kecuali jari kelingking)  dan tangan, semasa memegang streering  kereta, telefon atau suratkhabar,  atau
  • sakit di pergelangan tangan yang mungkin menular hingga ke bahu atau tapak tangan dan jari-jari selepas pergerakan tangan yang berulang-ulang, atau
  • rasa lemah di tangan menyebabkan benda yang dipegang terlepas dari tangan

Itu adalah tanda-tanda seseorang sedang mengalami sindrom terowong korpus.

Penyebab kesakitan
Simptom di atas terjadi kerana saraf yang melalui terowong korpus yang sempit ini telah ditekan oleh struktur disekelilinganya seperti tendon

Ia biasanya terjadi pada mereka yang membuat aktiviti yang  menggerakkan pergelangan tangan secara berulang-ulang

Misalnya menaip, menulis atau menggunakan alat yang bergetar seperti drilling  machine  

Sindrom ini juga boleh berlaku pada penghidap diabetes, arthritis, masalah tiroid , ibu mengandung di  bulan-bulan akhir sebelum kelahiran, mereka yang mempunyai berat berlebihan  dan selepas kecederaan pada pergelangan tangan

Rawatan

  • Bagi yang mempunyai tanda-tanda ringan , rasa tidak selesa boleh dikurangkan dengan merehatkan tangan dengan lebih kerap dan memakai splint di pergelangan tangan.
  • Ubat anti radang atau ubat penahan sakit  atas nasihat doktor  untuk mengurangkan kesakitan.
  • Sekiranya rasa sakit dan kebas berlarutan lebih daripada 6 bulan, pembedahan mungkin pilihan terbaik.
  • Segera dapatkan rawatan sebelum ia boleh menggangu pergerakan anda.

Langkah pencegahan

Kerap rehatkan tangan dan pergelangan tangan 

  • Elakkan pergerakkan pergelangan tangan berulang-ulang khas nya membengkok
  • Kekerapan memerah kain
  • Mengangkat plastik beg di lengan
  • Menulis jangka masa yang lama
  • Menaip dengan jangka masa yang lama
  • Pastikan posisi badan dan pergelangan tangan adalah betul
  • Elakkan daripada duduk membongkok kerana  ia boleh menganggu saraf dan menyumbang kepada kesakitan kepada tangan, pergelangan tangan dan jari-jari
  • Elakkan lengan  berada terlalu rapat atau jauh daripada badan anda. 
  • Ketika menggunakan papan kekunci, pastikan kedudukannya  sama paras dengan siku.

3. Senaman regangan

  • Dalam keadaan selesa gengam kedua belah  tangan  lepaskan gengaman da luruskan pergelangan tangan dan rehatkan anda  dan jari-jari anda .
  • Lakukan dalam kiraan 5
  • Bengkokkan pergelangan tangan supaya jari-jari mengadap ke atas dan regangkan, tahan gerakan dalam kiraan 5 
  • Dalam keadaan selesa luruskan tangan anda dan jari ke hadapan
  • Tarik ibu jari anda supaya anda dapat merasa ketegangan di pergelangan tangan
  • Ulang langkah-langkah di atas sebanyak 10 kali

Akhir sekali rehatkan tangan dalam keadaan lurus di sisi tubuh anda

S

 

Related Article

Seksual & Reproduktif (Kategori II)

  [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/remaja_kreatif/2nd-seksual-reproduktif.flv[/flv] Download:   S Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,091,394

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia