A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Senaman dan Penjagaan Postur...

Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal

Download:
altaltaltaltaltalt

 

Transkipsi

v/o

Ibu-ibu yang lepas bersalin adalah digalakkan untuk melakukan senaman post natal untuk membaiki perjalanan darah dan pernafasan. Di samping itu juga senaman boleh membantu mengembalikan keanjalan otot-otot di sekeliling salur peranakan.

Senaman ini boleh dimulakan ketika ibu-ibu masih dalam pantang bergantung pada keadaan fizikal atau setelah mendapat nasihat doktor.

SENAMAN PERNAFASAN

Senaman pernafasan adalah yang paling mudah untuk diamalkan.  Pastikan kepala dan bahu disokong oleh bantal.

Pada kedudukan baring terlentang, bengkokkan lutut dan tangan di letak di atas perut.

Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut dan pastikan leher dan bahu tidak bergerak.  Ulangi sebanyak 3 kali.

Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan

SENAMAN KAKI

Senaman untuk kaki boleh dilakukan dengan berbaring terlentang sambil kedua-dua kaki diluruskan

Gerakkan pergelangan kaki anda ke atas  dan ke bawah. Ulang sebanyak 10 kali. Senaman ini boleh melancar kan darah dan menguatkan kembali otot-otot kaki anda.

Senaman ini juga dilakukan dengan membuat bentuk bulatan dengan kedua-dua Pergelangan kaki. Ulangi sebanyak 10 kali.

SENAMAN ANGGOTA ATAS

Untuk senaman anggota atas baring terlentang dan rapatkan tangan anda ke sisi badan

Angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga dedua-duanya bersentuhan kemudian jatuhkan semula sehingga rapat ke sisi badan anda. Lakukan sebanyak 20 kali

SENAMAN ABDOMEN

Senaman Pertama

Baring terlentang sambil membengkokkan lutut. Rapatkan tangan di sisi badan kempiskan perut anda dan tahan selama 5 saat sebelum kembali ke posisi asal. Lakukan sebanyak 10 kali.

Senaman Kedua

Baring terlentang letakkan kedua-dua belah tangan di perut. Bengkokkan lutut. Angkatkan kepala dan bahu dan pandang ke arah lutut. Lakukan sebanyak 10 kali.

SENAMAN MENGANGKAT PUNGGUNG

Bengkok dan rapatkan kedua-dua lutut anda. Jarakkan kaki anda. Angkat bahagian punggung anda dan tahan selama 5 saat. Kembalikan punggung ke keadaan asal. Lakukan sebanyak 10 kali.

SENAMAN GIGEL

Ada pelbagai cara untuk melakukan senaman gigel. Ia boleh di lakukan dalam posisi berdiri, duduk, atau baring. Posisi baring adalah terbaik untuk mereka yang baru memulakannya

Caranya kemut otot pelvis seperti menahan kencing. Tahan kemutan selama 10 saat

Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan

Ulangi proses ini sebanyak mungkin

Peringatan :

Jangan menahan nafas semasa melakukan kemutan anda harus bernafas seperti seperti biasa.

POSTUR BADAN SEMASA MENDUKUNG ANAK

Fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya

Pengunaan alat pengendong dua bahu boleh mengelakkan rasa lenguh  dan sakit belakang dan pada masa yang sama  anda boleh mendukung bayi dalam jangka masa yang lebih lama

POSTUR BADAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI

Kaedah menyusu yang betul membuat anda dan bayi anda berasa lebih selesa kepala bayi berehat di dalam dakapan anda

Sokong belakang badan dan punggung bayi

Lenggan bayi perlu berada di bahagian sisinya

Jangan  terlalu membongok sehingga terlalu rapat dengan bayi

Anda juga boleh duduk bersandar di kerusi sambil menyusu

Sokong kepala bayi dengan lenggan dan muka bayi menghadap payu dara

Letakkan kepala bayi tubuh dan kaki dalam keadaan lurus kepala bayi di angkat tinggi sedikit

Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara

Gunakan sesuatu seperti bantal kusyen atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi

Jika anda dan bayi merasa letih anda boleh menyusu sambil berbaring sokong kepala bayi anda dengan lengan supaya ia rapat ke puting

S
Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat
Sakit Sendi
Saringan Pendengaran
Sawan
Senaman
Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal
Senaman untuk Warga Emas (di Bilik Tidur)
Senaman untuk Warga Emas (di Ruang Tamu)
Senaman untuk Warga Emas (di Dapur)
Shaken Baby Syndrome
Sindrom Terowong Karpus
Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)
Stroboscopy
Seksual & Reproduktif
Seksual & Reproduktif (Kategori II)

 

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,231,441

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia