A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Pengenalan

Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) adalah penyakit paru-paru yang teruk. Ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan menyebabkan kematian. SARS disebabkan oleh virus baru dalam kumpulan virus corona (dari kumpulan yang sama penyebab selesema biasa). SARS merebak melalui kandungan titisan. Apabila seseorang yang telah dijangkiti SARS batuk atau bersin virus SARS akan tersebar ke udara. Virus SARS boleh hidup pada tangan, kertas tisu dan permukaan selama lebih kurang 6 jam. Virus ini masih boleh hidup selama 3 jam selepas titisan kering.

Virus SARS juga boleh tersebar menerusi sentuhan tangan atau tangan tersentuh pada objek lain yang telah tercemar oleh virus SARS. Rebakan melalui udara adalah benar-benar boleh berlaku pada setengah kes. Virus SARS boleh hidup dalam najis pesakit yang dijangkiti SARS, di mana ia didapati berupaya hidup selama 4 jam dan virus itu juga berupaya hidup selama beberapa bulan atau tahun pada suhu di bawah paras beku.

Masa pengeraman/inkubasi biasanya antara 2 hingga 10 hari, walau bagaimanapun ada kes, menunjukkan peringkat penyakit ditakrifkan sebagai pantas atau lambat. Pesakit yang menunjukkan gejala penyakit yang aktif adalah berjangkit tetapi mungkin hanya peringkat awal atau selepas gejala hilang.

Imej virus SARS di bawah mikroskop elektron

Tanda dan Gejala

Gejala utama adalah demam dengan suhu yang tinggi sehingga 100-4 darjah ferenhait.( 38.0 darjah selsius) batuk, kesukaran bernafas atau gejala pernafasan yang lain. Gejala ini juga boleh dikesan seperti:

  • Demam
  • Sejuk menggigil
  • Sakit otot
  • Batuk
  • Sakit Kepala

Gejala yang kurang biasa termasuk (juga mengikut urutan)

  • Pening
  • Batuk berkahak
  • Sakit tekak
  • Selsema
  • Loya dan muntah
  • Cirit birit

Komplikasi

Antara 10 hingga 20 peratus pesakit SARS menjadi semakin teruk secara berperingkat dan boleh menimbulkan masalah pernafasan yang amat teruk sehingga memerlukan bantuan pernafasan. Kematian akibat SARS adalah disebabkan oleh kegagalan fungsi sistem pernafasan. Komplikasi lain yang timbul termasuklah kegagalan fungsi jantung dan hati.

Rawatan

Seseorang yang disyaki atau kebarangkali mengidap SARS hendaklah dinilai dengan segera oleh pakar dan dimasukkan ke hospital serta perlu diasingkan.Antibiotik akan diberi sebagai rawatan pada kes apabila menunjukkan tanda-tanda seperti jangkitan paru-paru berkuman. Ubat antivirus juga selalu digunakan .

Ubat steroid dengan dos yang tinggi diberikan untuk membantu mengurangkan radang paru-paru. Pada sesetengah kes yang teruk serum darah (convalescent serum) dari orang yang pernah mengidap SARS tetapi telah pulih akan diberikan. Rawatan ini telah terbukti berkesan.Rawatan lain termasuk bantuan oksigen, rawatan fisio dada dan pada sesetengah kes bantuan pernafasan mungkin perlu.

Pencegahan

Lindungi diri anda sendiri. Jika anda seorang yang menjaga seseorang yang dijangkiti SARS, Langkah di bawah perlu diambil untuk memastikan anda kekal sihat:

  • Membasuh tangan menggunakan sabun dan air suam atau menggunakan losen tangan berasaskan alkohol yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol.
  • Elakkan menyentuh muka menggunakan tangan sebaliknya gunakan kertas tisu sekiranya anda menggosok, mata dan hidung.
  • Pakai sarung tangan pakaibuang jika anda menyentuh secara langsung cecair tubuh atau najis pesakit. Buang sarung tangan pakaibuang serta merta selepas menggunakanya dan basuh tangan anda cara yang betul.
  • Pakai topeng muka jika anda berada dalam bilik yang sama dengan pesakit SARS. Pakai kacamata juga boleh membantu melindungi anda.
  • Gunakan sabun dan air panas untuk membasuh peralatan, tuala, cadar dan pakaian pesakit SARS.Jangan/elakkan menggunakan peralatan tersebut hingga ia benar-benar bersih.
  • Gunakan bahan basmi kuman untuk kegunaan di rumah apabila membersihkan permukaan yang tercemar dengan peluh, air liur, lendir, muntah, najis dan air kencing. Gunakan sarung tangan pakaibuang semasa anda membersihkanya dan buang sarung tangan tersebut sertamerta selepas anda guna.
  • Ikut semua arahan pencegahan sekurang-kurangnya 10 hari selepas tanda gejala pesakit hilang.
  • Elakkan anak ke sekolah sekiranya mereka demam atau menunjukkan gejala pernafasan dalam tempoh 10 hari selepas terdedah kepada pengidap SARS. Mereka boleh kembali semula ke sekolah jika tiada gejala selepas tiga hari.

Lindungi orang lain. Sekiranya anda disahkan mengidap SARS ambil langkah berikut untuk mengelakkan penyakit dari merebak.

  • Basuh tangan anda dengan betul dan kerap menggunakan sabun dan air suam atau sabun tangan berasaskan alkohol yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol)
  • Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin, dan jika boleh pakai topeng muka apabila terpaksa berhubung/berurusan dengan orang lain.
  • Elakkan berkongsi barang kemas, tuala atau perhiasan manik dengan orang lain sehingga ianya dibasuh dengan bersih menggunakan sabun dan air panas
  • Elakkan pergi ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat orang awam selama 10 hari selepas tanda dan gejala tiada.

Perjalanan/pengembaraan/percutian selamat. Ambil tindakan di bawah untuk mengurangkan risiko SARS jika anda terpaksa memulakan perjalanan.

  • Beli kit asas untuk pertolongan cemas. Pastikan kit tersebut mengandungi sabun/losen tangan yang berasaskan alkohol.
  • Dapatkan penerangan tentang SARS dan status SARS di negara yang akan anda lawati. Anda juga boleh mendapat maklumat berkaitan SARS di laman web WHO.
  • Pastikan tahap pengambilan immunisasi semasa anda. Yang terbaik pengambilan immunisasi yang perlu adalah 4 hingga 6 minggu sebelum anda berlepas.
  • Periksa insuran perjalanan anda. Anda mungkin perlu membeli insuran yang memberi perlindungan perubatan sekiranya anda terpaksa melakukan perjalanan ke negara yang ada SARS atau jangkitan penyakit wabak yang lain.
  • Ketahui di mana anda boleh dapatkan bantuan perubatan di tempat yang anda lawati. Bawa bersama senarai nama, alamat dan nombor telefon doktor dan hospital yang dicadangkan ditempat yang anda tuju.
  • Elakkan mengunjungi pasar haiwan hidup seperti di China. Kucing kecil yang berbitik-bintik ada dijual di pasar tersebut dan didapati membawa virus yang serupa dengan virus SARS.

Semasa transit

  • Sesetengah pakar perubatan percaya jangkitan boleh merebak dalam kapal terbang menerusi ruang udara yang terletak betul-betul di atas tempat duduk anda. Cara terbaik adalah memusingkan ruang udara tersebut dan membawa tuala pakaibuang supaya anda boleh membersihkan tangan dengan kerap semasa penerbangan.
Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Fuad Hashim
Penyemak : Dr. Muhaini Othman

 

Related Article

Asthma

What Is Asthma? Asthma is a chronic lung disease that

Cataract

A cataract is a clouding of the normally clear lens

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,956,161

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia