{showhide title=”TRANSKIPSI” template=”strong,arrow-blue” changetitle=”CLICK HERE TO CLOSE…” mousetitleistitle=true closeonclick=true titleasspan=true} Transkipsi Bila usia semakin meningkat, antara masalah sering dialami ialah sakit sendi, terutama bagi individu yang kurang aktif dan jarang bersenam. Secara umumnya kaum wanita lebih ramai mengalami sakit sendi berbanding lelaki. Di antara punca berlaku sakit sendi termasuklah berat badan yang berlebihan, faktor usia, pergerakan yang tidak betul, Dialog : cara mengangkat bebanan, postur yang tidak betul dan aktiviti melebihi kemampuan. Masalah sakit sendi boleh dielakkan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mengekalkan berat badan yang unggul, melakukan senaman secara am dan senaman khusus untuk sendi-sendi. Anda juga di sarankan menjaga sendi-sendi anda dengan mengamalkan langkah-langkah berikut, contohnya untuk tulang belakang, apabila mengangkat barang di lantai, kita hendaklah merendahkan badan untuk menghampiri barang tersebut. Semasa duduk, gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badan bersandar tegak di kerusi. Kerusi tidak boleh terlalu rendah dan seelok-eloknya setinggi paras lutut. Semasa memusingkan badan, berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Jika badan sahaja yang berpusing, ini boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang. Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Semasa berjalan, tegakkan kepala ke depan dan dada dibiarkan bidang. Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi. Dialog : Rehat dulu ye abang ambil bantal sekejap Semasa tidur, tidur di atas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu. Pastikan apabila mengambil sesuatu barang ia hendaklah boleh di capai dengan tangan dalam ruang hayunan lengan yang selamat. Pergerakan postur yang tidak betul juga boleh menyebabkan sakit pada sendi seperti berdiri, duduk atau bergerak dalam posisi yang salah. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan. Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit. Dialog : mana buku diari saya ? Untuk rawatan, urut bahagian yang sakit dengan minyak, krim atau salap. Akhir sekali sentiasalah bersenam supaya tubuh sihat dan badan cergas. |
|
---|