A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Retinopati Diabetik

Retinopati Diabetik

Apa itu retinopati diabetik?

Retinopati diabetic ialah retinopati (kerosakan pada retina) yang disebabkan oleh komplikasi penyakit Diabetes. Retinopati dibetik terjadi akibat dinding salur darah yang lemah, menyebabkan berlaku kebocoran lemak dan penyumbatan kapilari. Ia boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan seterusnya buta.

Gambarajah menunjukkan perubahan retina pesakit yang menghidap retinopati diabetik

Siapakah golongan yang berisiko untuk mendapat retinopati diabetik?

  • Semua pesakit diabetes yang mempunyai paras gula yang tidak terkawal (paras glycated hemoglobin Hb1Ac yang tinggi)
  • Pesakit diabetes yang sedang hamil
  • Pesakit yang mempunyai paras tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
  • Pesakit yang didiagnos mengidap diabetes lebih dari 5 tahun
  • Pesakit yang mempunyai paras hemoglobin yang rendah
  • Pesakit diabetes yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti

 

 
Makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi
 
Makanan yang ber lemak
Berat badan yang berlebihan dan obesiti

 

Apakah yang berlaku pada retina dalam pesakit diabetik?

Retinopati diabetik

Diabetes meninggalkan kesan ke atas saluran darah dalam retina.

Terdapat 4 peringkat retinopati diabetik

Peringkat awal retinopati tanpa proliferasi : Dalam peringkat ini, saluran darah menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik-titik pendarahan yang dipanggil “ microaneurysms “ yang menandakan pengembangan yang tidak normal pada salur darah retina. Di peringkat ini microaneurysm dapat dilihat pada satu bahagian retina
Peringkat pertengahan retinopati tanpa proliferasi : Terdapat lebih banyak “microaneurysm” dan dapat dilihat pada lebih satu bahagian retina, pendarahan dalam lapisan retina, kebocoran dan penyempitan salur darah.
Peringkat tenat retinopati tanpa proliferasi : Terdapat lebih banyak “microaneurysm” di keempat bahagian retina, pendarahan dalam lapisan retina (IRMA) dan penyempitan saluran darah yang menyebabkan kekurangan oksigen pada retina.
Peringkat Retinopati proliferasi: di peringkat ini terjadi pertumbuhan salur darah yang tidak normal akibat dari kekurangan oksigen yang teruk menyebabkan. Ianya sangat halus dan mudah pecah, mengakibatkan berlakunya pendarahan dalam mata. Kesan pendarahan boleh menyebabkan parut pada retina.

Makulopati diabetik

– Makulopati terjadi akibat kebocoran protin dan lemak dari salur darah retina, menyebabkan makular menjadi bengkak.

Kawasan makular dilihat pada keratan memanjang bola mata
Bengkak pada kawasan makular

Bagaimanakah retinopati diabetik menjejaskan penglihatan pesakit ?

  • Di kalangan pesakit yang mengalami makulopati
 

Gambaran penglihatan bagi pesakit yang mengalami kebengkakan makular

 

Keratan rentas makular bengkak dalam imej Optical Coherence Tomography (OCT)

  • Pendarahan dalam gelemaca (Vitreous)

Penglihatan menjadi kabur akibat pendarahan dalam gelemaca berikutan salur darah retina yang pecah.

 

  • Retina lekang akibat tarikan parut

Penglihatan menjadi kabur  akibat retina yang lekang dari kedudukan asal disebabkan  oleh tarikan parut pada retina.

Apakah rawatan untuk retinopati diabetik?

  • Mengawal paras gula dengan:
    • Diet yang terkawal
    • Pengambilan ubat yang betul
    • Pengubahsuaian cara hidup dengan senaman, berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol
  • Rawatan laser
    Matlamat rawatan laser bukan untuk memulihkan penglihatan, tetapi adalah untuk:
    • Mengurangkan proses bengkak pada makular
    • Mengurangkan risiko pendarahan dan menghindarkan dari pendarahan yang berulang dalam bola mata
  • Vitrektomi
    Ia adalah pembedahan untuk mengeluarkan darah dalam vitreous dan membuang parut pada retina.

Apakah komplikasi retinopati diabetik?

  • Retina lekang hasil tarikan parut:
    • Pendarahan dalam gelemaca menyebabkan pembentukan parut pada retina. Ia boleh menarik saraf retina menyebabkan retina lekang dari kedudukan asalnya.
    • Keadaan ini memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan darah beku dan parut retina bagi mengembalikan retina ke tempat asal.
    • Keupayaan untuk melihat semula agak tipis sekiranya keadaan tersebut sudah kronik walaupun selepas pembedahan. Ini adalah akibat daripada lapisan retina yang telah rosak.
    • Sekiranya rawatan awal tidak diberi, keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan.
Keadaan retina yang berparut
  • Glaukoma rubeotik
    • o Akibat kekurangan oksigen pada retina untuk tempoh yang berpanjangan menyebabkan terjadi salur darah tidak normal pada retina, iris dan sudut (angle) mata dan seterusnya terjadi peningkatan tekanan dalam mata (intraocular).
    • Keadaan ini akan merosakan saraf optik, dan jika berlarutan boleh menyebabkan kebutaan dan kesakitan yang teruk pada mata tersebut.
Salur darah tidak normal pada iris dalam glaukoma rubeotik
Semakan Akhir : 20 Jun 2014
Penulis/Penterjemah : Dr. Norhafizah Hamzah
Akreditor : Dr. Salmah Othman
Penyemak : Dr. Rosniza Ab. Razak

Related Article

Warts

Wart is caused by a viral infection, human papillomavirus (HPV). It can affect the skin and genital mucosa, both in men and women.

Hipotensi

Apa itu tekanan darah rendah ? Tekanan darah adalah keupayaan

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,209,525

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia