A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Apakah jangkitan Chlamydia?

  • Ia merupakan sejenis penyakit kelamin yang paling kerap dialami
  • Ia disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis.
  • Bakteria ini merebak melalui hubungan seks atau sentuhan oral-genital
  • Ia juga boleh merebak melalui ibu kepada bayi semasa proses kelahiran

 

Bagaimana anda tahu anda dijangkiti Chlamydia ?

  • Anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah dijangkiti kerana tidak mengalami sebarang tanda/gejala.
  • Apabila dijangkiti, tanda/gejala mungkin timbul selepas 1 hingga 3 minggu kemudian.

 

Tanda/gejala jangkitan Chlamydia termasuk :

  • Mengeluarkan lelehan dari vagina dan saluran kencing
  • Sakit semasa kencing
  • Bagi wanita, sakit dibahagian bawah abdomen
  • Bagi wanita, sakit semasa hubungan seks
  • Pendarahan antara kitaran haid
  • Bengkak dibahagian buah zakar bagi lelaki
  • Demam serta sakit kepala dan sakit badan
  • Jangkitan mata, jika lelehan badan tersentuh pada mata

 

Jika tidak dirawati:

  • Bagi wanita, ia akan menyebabkan penyakit radangan pelvik yang akan mengakibatkan kemandulan.
  • Bagi lelaki, ia boleh menyebabkan radang pada saluran kencing dan epididimis.
  • Jangkitan mungkin merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.
  • Jangkitan pada bayi boleh mengakibatkan radang paru-paru dan radang mata (conjunctivitis).

 

Bagaimana penyakit Chlamydia dirawat?

Jika anda mengesyaki anda dijangkiti Chlamydia, dapatkan rawatan doktor :

  • Doktor akan memeriksa anda dan mengambil lelehan dari vagina atau penis untuk dianalisa.
  • Jika positif, doktor akan memberi antibiotik secara oral selama seminggu.

 

Bagaimana penyakit Chlamydia dicegah?

Chlamydia dapat dicegah melalui :

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
    • Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Hargeet Kaur A/P Basant Singh
Penyemak : Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said

 

Related Article

Gonorrhoea

What is gonorrhoea? Gonorrhoea is a sexually transmitted disease caused

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,183,268

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia