A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Prof. Madya. Dr. Mohd...

Prof. Madya. Dr. Mohd Jamil bin Yaacob

Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Haji Yaacob di lahirkan pada 23 Oktober 1961 di Binjal, Jitra, Kedah Darul Aman. Beliau berpengalaman bertugas sebagai Pegawai Perubatan siswazah di Hospital Taiping pada tahun 1988. Menjawat jawatan Pegawai Perubatan di Unit Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kangar, Perlis pada awal tahun 1990. Bertugas di kawasan luar bandar di Beseri Perlis, mengawasi kes-kes denggi, epidemiologi penyakit berjangkit dan sanitasi kawasan awam. Melanjutkan pelajaran dalam bidang psikiatri di universiti terkemuka di Malaysia. Pernah bertugas dengan institusi psikiatri yang sinonim dengan perawatan penyakit mental seperti di Perak dan Johor sehingga tahun1998. Pertengahan tahun 1998, memulakan tugas sebagai pensyarah perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Pada tahun 1999, beliau telah mengikuti rombongan MERCY, membantu mangsa pembersihan etnik di Kosova. Pada tahun 2001, melanjutkan pelajaran di dalam bidang Psikiatri kanak-kanak dan remaja di sebuah institusi yang terkemuka di dunia iaitu Institute of Psychiatry, King’s College, University of London di ketuai Prof Eric Taylor. Institut ini pernah diketuai oleh Prof Michael Rutter, seorang penulis dan penyelidik yang termashur dan profilik di dalam bidang penyelidikan dan penulisan psikiatri kanak-kanak dan remaja. Sekarang ini menjalankan klinik khusus untuk kanak-kanak dan remaja, aktif di dalam penyeliaan pelajar siswazah serta terlibat didalam pelbagai jawatankuasa kebangsaan dan antarabangsa terutama yang berkaitan dengan penyakit kanak-kanak iaitu kecelaruan kurang daya tumpuan dan hiperaktiviti. Dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Kebangsaan Response Kesihatan Mental Terhadap Bencana selepas bencana tsunami melanda pada akhir tahun 2004 dan berkhidmat sebagai ahli pasukan penilai ke Acheh.

Beliau sangat aktif dan sering dijemput untuk memberi ceramah di dalam bengkel dan latihan. Turut giat dalam pembentangan kertas kerja di seminar yang diadakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,089,119

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia