Transkipsi
- Gigi palsu, yang juga dikenali sebagai dentur, dipakai untuk menggantikan gigi yang hilang.
- Pemakaian gigi palsu adalah bertujuan untuk memperbaiki paras rupa, untuk pertuturan yang jelas dan juga untuk mengunyah dengan lebih baik.
- Gigi palsu boleh dibahagikan kepada gigi palsu separa dan gigi palsu penuh. Tapak gigi palsu diperbuat menggunakan plastik (acrylic) atau logam (cobalt chromium).
- Kepadanan gigi palsu dalam mulut seseorang bergantung pada tulang rahang dan gigi bersebelahannya.
Cara Membersihkan Gigi Palsu
- gigi palsu perlu dibersih dengan baik supaya nafas tidak berbau dan untuk mengekalkan kesihatan mulut.
- Tanggalkan gigi palsu setiap kali selepas makan dan berkumur untuk mengeluarkan semua sisa makanan.
- Jangan pakai gigi palsu semasa tidur. Ini adalah untuk memberi masa untuk tisu mulut anda berehat
- bersihkan gigi palsu dengan menggunakan berus gigi dan ubat gigi.
- rendam di dalam segelas air apabila tidak dipakai atau sebelum masuk tidur.
- Elakkan daripada mengguna air panas kerana ia boleh mengubah bentuk asalnya.
TIPS PENTING
Terdapat beberapa langkah penting yang anda perlu beri perhatian untuk penggunaan gigi palsu anda.
- Amalkan pemeriksaan pergigian setiap tahun bagi memastikan kesihatan mulut dan gigi palsu anda sentiasa dalam keadaan yang baik.
- Sekiranya mengalami kesakitan atau terdapat sebarang masalah, jangan memakai gigi palsu buat sementara waktu sehingga anda mendapat nasihat doktor gigi. jangan mengubahsuai atau membaiki gigi palsu sendiri
- Gigi palsu yang longgar boleh di lapik (reline) atau di ganti padanannya (rebase) untuk membolehkan pemakaian yang lebih selamat dan selesa.
- Penjagaan gigi palsu yang baik juga membantu mengekalkan kesihatan mulut anda.
|
|