A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Pengenalan

Opiat atau narkotik merupakan ubat penahan sakit yang berkesan. Ia adalah sejenis bahan kimia asli yang terdapat dalam otak yang memberi kesan ‘perasaan yang nyaman/bahagia’. Jenis dadah ini merangsang perasaan dan melahirkan keadaan yang nyaman serta tenteram. Pergantungan dan penagihan akan terjadi jika ia kerap digunakan. Jika dadah ini tidak dapat diperoleh, seseorang itu akan mula menunjukkan tanda-tanda gian.

Jenis-jenis dadah dalam kumpulan ini termasuk:

  • Heroin
  • Candu
  • Morfin
  • Codeine
  • Fentanyl

Dadah ini boleh ditelan, dihisap atau disuntik.

Tanda-tanda dan gejala

Kesan-kesan dan tanda-tanda penyalahgunaan termasuk; kelegaan dari sakit, perasaan terawang-awang (euphoria), menenangkan perasaan dan mengantuk, kecelaruan, pening, pernafasan yang perlahan dan kemurungan. Apabila seseorang itu berhenti menggunakan dadah berkenaan secara mendadak, tanda-tanda gian termasuklah:

  • rasa meremang ‘bulu roma naik’
  • berpeluh
  • selesema
  • seram sejuk
  • cirit birit
  • sakit perut
  • sakit sendi dan otot

Walau pun narkotik tidak berbahaya, mengambilnya secara berlebihan dan apabila dadah disuntik di dalam tubuh dalam jumlah yang berlebihan, ia boleh membunuh.

Komplikasi

Terdapat banyak kesan dan akibat dari mengambil opiat dan narkotik. Ia termasuk :

  • Jangkitan – Masalah yang timbul akibat dari berkongsi jarum. Anda boleh dijangkiti penyakit seperti HIV atau AIDS, radang hati (Hepatitis), Myocarditis (jangkitan kuman pada jantung), otak bernanah dan banyak lagi.
  • Mati mengejut kerana pengambilan dadah yang berlebihan.
  • Kekurangan zat makanan
  • Kecelaruan mental seperti psikosis, kemurungan dan lain-lain
  • Kesan-kesan masalah sosial seperti dibuang kerja, penglibatan dalam kegiatan jenayah termasuk pelacuran, keganasan rumah tangga, perceraian dan pertelingkahan dalam keluarga dan banyak lagi.
  • Masalah seksual seperti hilang nafsu syahwat dan mati pucuk.
  • Bagi wanita yang mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran luar matang, kurang berat badan bagi bayi, tanda-tanda gian dalam bayi dan kematian bayi.

Rawatan

Terdapat berbagai cara rawatan yang disediakan jika anda ingin berhenti menagih. Kaunseling individu dan keluarga disediakan di mana-mana cawangan Agensi Anti Dadah atau kumpulan-kumpulan sokongan yang di jalankan oleh bekas-bekas penagih. Penagih-penagih ini dikehendaki mengikuti program pembuangan toksin (detoksifikasi) bagi membantu mereka mengatasi tanda-tanda gian, di samping membersihkan tubuh mereka dari dadah. Terdapat pusat-pusat pemulihan di negara ini yang di jalankan oleh agensi-agensi kerajaan, NGOs, badan-badan amal atau institusi keagamaan dan juga pusat pemulihan yang dijalankan oleh pihak swasta. Sebarang kesulitan yang timbul akibat dari penyakit psikiatri dan masalah kesihatan hendaklah dirawat dengan cara yang bersesuaian.

Pencegahan

Isu penyalahgunaan dadah

Rehabilitasi

  • Terdapat program kemasyarakatan jangka panjang yang di sediakan oleh agensi kerajaan (Pusat Serenti), badan-badan amal dan keagamaan (contoh: Pusat Calvary Charismatic ), badan bukan kerajaan (dijalankan oleh PENGASIH) dan agensi-agensi swasta. Institusi-institusi ini menawarkan program jangka panjang yang berlarutan dari 12 hingga 24 bulan, berlatarbelakangkan komuniti tera putik(TC). Program-program ini diatur secara tegas dan penuh berdisiplin dan dibentuk untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan psikologi dan sosial akibat dari penyalahgunaan dadah.
  • Terapi Gantian Metadon (Methadone Replacement Therapy) juga boleh di dapati di beberapa buah hospital kerajaan yang tertentu. Terdapat beberapa pusat-pusat swasta tertentu yang menawarkan Terapi Gantian Subutex/subuxone yang boleh dikendalikan secara pesakit luar.

Kumpulan Sokongan

Agency Anti Dadah Kebangsaan

PEMADAM PENGASIH

Alcohol Anonymous Calvary Spiritual Centre

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
Penyemak : Prof Madya Dr. Ramli bin Musa

 

Related Article

Money And Life Quality

In Malaysia, Quality of life can be describe as, included self-development, healthy lifestyle, achievement and freedom in getting knowledge and achieving great life status by excessing the needs and individual psychology for achieving social prosperous due to National ambition.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,226,641

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia