Home > Writer > Noormala bt. Anuar Ali

Noormala bt. Anuar Ali

Noormala

Noormala bt. Anuar Ali merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Shah Alam.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjanamuda Sains Pertuturan dengan Kepujian.

Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian individu yang mengalami masalah kecelaruan pertuturan, bahasa, komunikasi, suara, penelanan dan feeding. Perkhidmatan ini merangkumi semua peringkat umur samada kes kongenital atau perolehan yang memerlukan penilaian, diagnosis, konsultasi, dokumentasi kes, promosi, pendidikan dan pencegahan serta kolaborasi dengan profesional lain.

Kepakaran lain beliau adalah dalam rehabilitasi aural bagi individu bermasalah pendengaran yang menggunakan koklea implan dan alat bantu pendengaran. Di mana beliau pernah menghadiri kursus dan praktikal di dalam dan luar negara serta terlibat sebagai Core Team  Pasukan Implan Koklea Kebangsaan KKM.

Pengalaman kerja:

  1. Hospital Shah Alam dari tahun 2015
  2. Hospital Sungai Buloh dari tahun 2006-2015
  3. Hospital Teluk Intan dari tahun 2002-2005
  4. Lawatan klinikal ke Hospital Slim River, Hospital Sri Manjung, Hospital Changkat Melintang, Hospital Tapah dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah dari tahun 2002-2005
  5. Penceramah, trainor  dan fasilitator bagi program sokongan keluarga
  6. Penyelia klinikal pegawai lantikan baru gred U41 dan latihan klinikal mahasiswa UKM, USM dalam bidang Sains Pertuturan
  7. Ketua Profession Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bagi Negeri Selangor

Semakan Akhir : 2 Februari 2017