Liposuction

Download:

Pembedahan Sedut Lemak ialah proses menyedut keluar tisu-tisu lemak berlebihan yang berkumpul di bawah kulit di bahagian tertentu pada badan menggunakan tiub berongga atau cannula dan vakum.

Tujuan Pembedahan Sedut Lemak Dilakukan

Tujuannya ialah untuk memperbaiki penampilan badan dimana terdapat pengumpulan lemak berlebihan di bahagian tertentu.

Namun begitu ia bukan rawatan untuk masalah obesiti dan selulit. Ia juga bukan pengganti kepada senaman atau pengambilan makanan seimbang.

Pembedahan Sedut Lemak

Terdapat beberapa teknik berbeza yang digunakan untuk menyedut lemak.

Prosedur ini dibuat sama ada dalam keadaan bius penuh, bius setempat / local atau sedation/ pelali  intravena.

Biasanya torehan-torehan kecil  akan  dibuat pada bahagian yang bermasalah.

Satu tiub berongga dimasukkan  melalui torehan ini  untuk melonggarkan tisu-tisu lemak sebelum lemak tersebut disedut keluar mengunakan vakum surgikal.

Bergantung kepada teknik yang dipilih, doktor akan menggunakan sama ada laser, alat ultrasound dan sebagainya untuk membantu membuang lemak.

Apa yang anda perlu lakukan sebelum menjalani prosedur ini

  • Pastikan  ia dilakukan oleh doktor yang berkelayakan dan terlatih
  • Dapatkan nasihat doktor bagi memastikan  kesesuaian anda untuk menjalani prosedur ini
  • Dapatkan maklumat lengkap mengenai prosedur yang akan dilakukan termasuk risiko dan  komplikasi yang mungkin berlaku serta penjagaan selepas prosedur.

Komplikasi
Lebih banyak lemak yang disedut pada satu-satu masa akan meningkatkan risiko serta komplikasi.

Seperti:

  • Komplikasi daripada bius yang diberi semasa prosedur
  • Pendarahan
  • Jangkitan kuman
  • Kerosakan pada saraf dan saluran darah
  • Kontur  kulit yang tidak sekata
  • Parut dan pigmentasi

 

L
Leukemia

Liposuction