A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Kemahiran Ibu Bapa terhadap...

Kemahiran Ibu Bapa terhadap Kanak-kanak

Download:
altaltaltaltaltalt

{showhide title=”TRANSKIPSI” template=”strong,arrow-blue” changetitle=”CLICK HERE TO CLOSE…” mousetitleistitle=true closeonclick=true titleasspan=true}

Apa puncanya,  bila kanak-kanak yang sedang leka bermain tiba-tiba meragam?

Sebenarnya  kanak-kanak dalam usia 1 hingga 3 tahun  selalunya bila  berasa  letih, lapar atau sakit,  cepat meragam dan  ada yang akan terus mengamuk.

Ramai beranggapan ia reaksi normal yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak. Tetapi  ibu bapa haruslah bijak bertindak untuk mengawal perlakuan tersebut.

Kanak-kanak memang pandai untuk menarik perhatian ibu bapa. Kadang-kadang mereka sengaja mengadu sakit walaupun sedikit.

Sebenarnya tujuan utama  mereka adalah untuk meraih simpati dan menuruti kehendak mereka.

Cuba alihkan perhatian mereka.

Sikap sabar dan tenang amat penting untuk menghadapi kerenah anak-anak.

Jika ada tanda-tanda mereka akan mula mengamuk, seperti muka berubah  atau mula hendak menangis, cuba alihkan perhatian mereka.

Tetapi jika dia terus juga meragam,  usah diendahkan perlakuan tersebut atau memberi perhatian apa yang dilakukan.  Teruskan kegiatan yang sedang dilakukan.

Pastikan mereka tidak bertindak di luar batasan. Sebab lama-kelamaan mereka akan jemu dan berhenti menangis.

Tetapi  elakkan daripada memukul kerana ia tidak membantu menyelesaikan masalah.
Jangan sesekali mengalah dengan kehendak anak.

Sekali kita mengalah, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Dan akan berterusan sehingga kita mengalah.

Satu cara untuk memujuk ialah dengan bercerita. Luangkan masa untuk bercerita dengan anak-anak. Mereka akan berasa dihargai dan disayangi kerana mendapat perhatian daripada ibu bapa.

Gerak kerja tangan boleh mendidik personaliti anak-anak.  Galakkan mereka bermain tanah liat, melukis dengan cat air, mengunting dan sebagainya.

Kerana aktiviti ini boleh menyebabkan otak menjadi aktif dan mengisi masa lapang mereka.
Jika mereka melakukan kesalahan,  tegurlah kenakalan yang telah dilakukan.

Jangan di campur aduk dengan kata-kata yang menghina. seperti: “Bodohnya budak ini.” Betulkan kesilapan anak tanpa membuat dirinya rasa terhina dan tidak berguna.

Janganlah cepat berputus-asa jika anak anda tidak menyedari kesilapannya dengan serta-merta.

Mendidik anak memerlukan kesabaran.  Dan kanak-kanak pula memerlukan masa untuk menyedari kesalahan yang telah mereka lakukan.

K
Kanta Lekap

Kaedah Mengurangkan Kesakitan Arthritis dan Bengkak

Kemahiran Berunding

Kemahiran Ibu Bapa terhadap Kanak-kanak

Kemahiran Ibu Bapa terhadap Remaja

 

Related Article

Vision

To create health literate Malaysians who can make healthy lifestyles

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,211,732

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia