A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Main Page
  4. /
  5. Kaedah Mengurangkan Kesakitan Arthritis...

Kaedah Mengurangkan Kesakitan Arthritis & Bengkak

Download:

Transkipsi
V.O
Arhritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, jangkitan, factor keturunan atau kecacatan pada baka.
Jenis-jenis ATHIRITIS adalah:

  • OsteoATHIRITIS (OA)
  • Rheumatoid ATHIRITIS
  • Infectious ATHIRITIS
  • Polymyalgia rheumatic

Bagi mengurangkan kesakitan ATHIRITIS dan bengkak pesakit boleh mengambil langkah-langkah berikut :
Antaranya ;Senaman iainya dilakukan secepat mungkin untuk memperbaiki gerakan sendi.
Meningkatkan kekuatan otot
Mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya yang berlarutan .
Menggunakan Alat bantuan OA,Sendi ,Peha dan lutut.
Penggunaan Tongkat di sebelah bertentangan dengan sendi yang sakit dapat mengurangkan tekanan keatas sendi-sendi tersebut sebanyak 50%.
Gunakan tongkat yang sesuai ketinggian nya,bahgaian atas pemegang tongkat harus sampai ke pergelangan tangan pesakit.apabila beliau berdiri .
Kasut yang selesa penyerap rentakan adalah di galakkan ,
Penggunaan alat sokongan lutut boleh mengurangkan bebanan pada lutut yang bermasalah.
Kaedah terapi haba,mungkin berguna untuk mengurangkan kessakitan .meningkatkan flexsibiliti dan mengurangkan bengkak.
Kaedah terapi haba ini menggunakan bag tuam panas atau kaedah lain yang boleh di dapati di hospital. Terapi haba tidak digalakan untuk sakit sendi yang akut.
Kaedah seterusnya ialah terapi ubatan.
Ubat makan
Suntikan dalam sendi
Ubat sapu
Fungsi buah pinggang dan hati menurun apabila umur meningkat. Dengan itu adalah penting untuk lebih berhati-hati semasa pemberian ubatan penahan sakit yang sering digunakan bagi warga emas.
Terapi suntikan dalam sendi pula hanya boleh dilakukan oleh  pegawai perubatan yang terlatih sahaja.
Kaedah Ubatan sapu seperti minyak gosok adalah pilihan lain bagi rawatan ATHIRITIS.
Pengurangan kesakitan artthiritis boleh menjadi kenyataan dengan amalan berikut :.

  1. Menampung Berat Badan
  2. Mengelakkan Kegemukan
  3. Penurunan Berat Badan
  4. Pendidikan Kesihatan Mengenai Teknik Penjagaan Dan Perlindungan sendi

Terdapat 10 Langkah Penjagaan Sendi iaitu:

  1. Elakkan posisi yang mendorong kesakitan dan kecacatan
  2. Gunakan cara kerja anggota yang sesuai/betul
  3. Gunakan sendi yang lebih besar dan stabil untuk melakukan kerja
  4. Susun atur kerja kurangkan pengunaan tenaga
  5. Berehatlah bila salit atau penat
  6. Utamakan kerja yang lebih penting dahulu
  7. Rancang masa rehat yang kerap
  8. Patuhi program perubatan yang di syorkan oleh doktor
  9. Patuhi program pemakaian ’splint; perlindungan jika di syorkan oleh doktor.

Lakukan senaman untuk menguatkan otot dan tahap maksima pergerakan.

K
Kanta Lekap
Kaedah Mengurangkan Kesakitan Arthritis dan Bengkak
Kemahiran Berunding
Kemahiran Ibu Bapa terhadap Kanak-kanak
Kemahiran Ibu Bapa terhadap Remaja

 

Related Article

Mision

To increase accessibility of the public to health information. To

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,185,184

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia