KKM sememangnya memandang serius dan amat kesal dengan kejadian kematian bayi ini, terutamanya kerana ianya merupakan kes yang boleh dielakkan (avoidable infant mortality).
Kepesatan bidang kesihatan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif kesihatan Ibu dan Kanak-kanak (Maternal and Child Health) terutamanya sepanjang era pasca Kemerdekaan Malaysia telah menyaksikan pengurangan mendadak kes kematian ibu dan bayi ke tahap yang amat rendah, hampir setara dengan negara-negara maju.