A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Pengenalan

Apabila disedut, ubat yang terdapat didalam inhaler masuk terus ke dalam saluran pernafasan. Ini bermakna bahawa dos yang diperlukan jauh lebih kecil berbanding ubat tablet atau cecair. Ubat yang disedut akan terus masuk ke paru – paru dan ini mengurangkan risiko berlakunya kesan sampingan. Jika ada pun kesan sampingan penggunaaan inhaler, ia hanya lah kesan yang ringan.

Jenis – Jenis Inhaler

Sesetengah pesakit menghadapi masalah kesukaran bernafas disebabkan penyakit yang berlainan. Ubat sedut yangdiberikan juga adalah berbeza mengikut simptom – simptom yang ditunjukkan. Jenis – jenis inhaler yang biasa adalah : Metered-Dose Inhaler (MDI),  Small Volume Nebulizer dan Dry Powder Inhaler (DPI).

Apakah Metered-Dose Inhaler (MDI) ?

Metered-Dose Inhaler adalah inhaler yang mempunyai tabung bertekanan dimana ubat diletakkan. Cara menggunakan inhaler jenis ini adalah sangat mudah. Letakkan corong mulut di dalam mulut serta menutupinya dengan bibir. Selepas memulakan tarikan nafas dengan perlahan dan dalam, tekan inhaler dengan kuat ke bawah untuk menyalurkan ubat dan terus menarik nafas. Keluarkan inhaler dari mulut dan tahan nafas selama 10 saat ataupun selama yang boleh supaya ubat dapat masuk ke dalam paru-paru. Bernafas keluar dengan perlahan. Kadar dos yang diperlukan bergantung kepada nasihat doktor.

Apakah Small Volume Nebulizer?

Small Volume Nebulizer adalah sejenis inhaler yang digunakan dengan kadar ubat yang tertentu yang dimasukkan kedalam tabung nebulizer. Sebuah kompresor akan menyalur ubat melalui corong mulut yang akan masuk terus ke paru – paru sambil bernafas secara normal. Rawatan menggunakan nebulizer ini biasanya mengambil masa selama 10 minit.

Apakah Dry Powder Inhaler?

Dry Powder Inhaler adalah jenis inhaler yang mengandungi ubat dalam bentuk serbuk.  Inhaler DPI mempunyai beberapa cara penggunaan dan untuk setiap cara ini, pesakit akan mula – mula hembuskan nafas dan cepat – cepat sedut serbuk ubat melalui mulut. Ubat ini diaktifkan melalui pernafasan. 

I

Implan

Implan Gigi

Implan Silikon

Inhaler

Inkontinen Urin

 

Related Article

Gout

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/GOUT/GOUT.flv[/flv] Download:   Pengenalan Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan

Osteoarthritis

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/wargaemas/Osteoarthritis/Osteoarthritis.flv[/flv] Download: O  

Interproximal Reduction

  Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,271,629

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia