A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Influenza Pandemik

Influenza Pandemik

Apa itu Influenza Pandemik?

Influenza Pandemik berlaku apabila virus selesema baru muncul dan sebelum ini tidak pernah beredar di dalam badan manusia. Kebimbangan sekarang adalah selesema burung yang akan bertukar kepada bentuk jangkitan yang berisiko tinggi kepada manusia dan mudah merebak di antara satu sama lain. Walaupun selesema baru kepada manusia tetapi ia tetap tidak mudah merebak daripada seorang ke seorang.

Bagaimana Influenza Pandemik terjadi?

Virus Influenza yang baru muncul adalah daripada proses yang dipanggil antigenic shift dimana menyebabkan pertukaran tiba-tiba dan perubahan yang besar kepada virus A Influenza. Pertukaran ini berlaku apabila protein di permukaan virus bercampur dan ini menyebabkan mutasi atau bertukar bahan genetik antara pelbagai virus influenza. Jikalau berlaku kepada virus A Influenza subtype, dan ia boleh berjangkit kepada manusia dan merebak dengan mudah dari seorang ke seorang , Influenza Pandemik boleh berlaku.
 

Adakah vaksin Influenza Pandemik boleh didapati?

Tidak

Vaksin yang dihasilkan setiap tahun mengikut Influenza semasa (manusia biasa) tetapi ini tidak akan melindungi daripada Influenza Pandemik. Tiada vaksin yang boleh bertahan untuk beberapa bulan selepas terjadinya wabak.

Mengapa tiada vaksin selesema tahunan melindungi manusia daripada Influenza Pandemik?

Vaksin selesema terbentuk bagi melindungi virus yang khusus, oleh yang demikian vaksin pandemik tidak dapat dihasilkan hingga muncul Influenza Pandemik yang baru dapat dikenalpasti. Walaupun Influenza Pandemik dikenalpasti, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk tumbuh, pengujian dan terhasilnya vaksin.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak sihat

*Tanya diri anda soalan yang berikut.

Adakah ini Selesema?

Ciri-ciri yang paling ketara mengenai selesema adalah berlakunya demam tiba-tiba (38 C atau 100.4 F atau lebih), batuk tanpa kahak dan sakit di dalam badan terutama di kepala dan bahagian bawah badan serta kaki. Selalunya seseorang itu akan mengalami lemah dan penat sehingga tidak mahu bangkit dari katil. Gejala lain adalah seram sejuk, sakit di belakang mata, kurang selera makan, sakit tekak, selesema, dan hidung tersumbat. Selepas gejala pertama muncul, anda boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang yang lain dalam tempoh 4-6 hari atau lebih.

Apa yang boleh anda lakukan untuk diri anda sendiri?

  • Rehat. Kemungkinan anda akan merasa sangat lemah dan penat sehingga suhu badan anda turun ke paras biasa (lebih kurang 3 hari), dan rehat boleh memberi keselesaan dan membantu badan anda menggunakan tenaga untuk melawan jangkitan. Anda perlu mengelakkan daripada bersentuhan.
  • Minum air berlebihan perlu untuk menggantikan air yang hilang semasa demam. Cairan seperti sup ayam menolong mencairkan mukus. Cuba mengambil air setiap jam semasa sedar
  • Cuba tidak bersin kerana ia akan memasukkan cecair berinfeksi ke dalam sinus. Lapkan hidung dengan tisu dan keringkannya serta merta.
  • Kerap membasuh tangan
  • Jangan merokok  kerana asap rokok akan merosakkan saluran pernafasan
  • Jika anda ada soalan berkenaan ubat, jangan malu untuk bertanya kepada doktor anda.

Biasanya pesakit akan berasa selesa selepas sembuh dari demam dalam masa 3 hari dan bersedia untuk bekerja dan kembali menjalankan aktiviti yang normal. Walau bagaimanapun adalah biasa bagi pesakit mengalami kepenatan dan demam selama beberapa minggu

Bagaimanakah saya mendapat maklumat tentang selesema burung?

http://dph.gov.my atau hubungi wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Christopher Lee
Penyemak : Dr. Muhaini Othman

 

Related Article

Melasma

Definisi Melasma merupakan tompok-tompok berwarna coklat, coklat tua atau kelabu

Pterygium

A pterygium is a benign or noncancerous growth that develops

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,323,950

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia