A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Infarksi Miokardium Akut

Infarksi Miokardium Akut

Definisi

Infarksi miokardium akut (serangan jantung akut) biasanya disebabkan oleh darah beku. Darah beku ini yang menyebabkan pengaliran darah terhenti ke sebahagian daripada otot jantung.

Apa yang menyebabkan infarksi miokardium?

Penyebab utama infarksi miokardium adalah darah beku (trombosis) yang terbentuk di dalam arteri koronari utama, atau salah satu daripada cabang-cabangnya. Apabila ini berlaku aliran darah ke sebahagian jantung tersekat.

Darah beku biasanya tidak terbentuk di dalam arteri biasa. Walau bagaimanapun, darah beku boleh terbentuk jika terdapat ateroma dalam lapisan arteri. Ateroma adalah seperti “patch” lemak atau plak yang terbentuk di lapisan bahagian dalam arteri.

Plak daripada ateroma boleh terbentuk secara beransur-ansur selama beberapa tahun dalam arteri koronari. Setiap plak mempunyai lapisan luar yang kejap (firm) dan teras lemak dalaman yang lembut.

Dalam keadaan infarksi miokardium rekahan plak terbentuk dalam lapisan luar plak ateroma. Ini dipanggil “pecah plak” atau “plaque rupture”. Apabila teras dalaman lembut plak terdedah kepada aliran darah; ia boleh mencetuskan mekanisme pembekuan dalam darah untuk membentuk darah beku.

Berikutan itu, sebahagian daripada otot jantungyang mempunyai arteri tersumbat akan mati melainkan sumbatan itu segera dihapuskan. Apabila sebahagian daripada otot jantung rosak ia dikatakan “infarcted”. Jika sebahagian daripada otot jantung telah mati selepas infarksi miokardium; ia akan digantikan dengan tisu parut dalam masa beberapa minggu.

Siapakah yang berisiko mendapat serangan infarksi / jantung miokardium?

Pada kebiasaannya infarksi miokardium berlaku pada orang yang berusia lebih 50 tahun. Dengan peningkatan usia kadar infarksi miokardium bertambah. Namun demikian infarksi myokardium kadang-kadang berlaku pada orang muda.  Infarksi miokardium MI adalah tiga kali lebih kerap berlaku di kalangan lelaki muda berbanding wanita muda. Walau bagaimanapun, selepas putus haid, hormon wanita tidak lagi melindungi wanita dari risiko penyakit jantung. Risiko itu kemudiannya sama bagi lelaki dan wanita.

Faktor-faktor risiko tertentu boleh menyebabkan ateroma terbentuk. Antara faktor-faktor risiko adalah:

  • Merokok.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kegemukan/ Obesiti
  • Tahap kolesterol tinggi.
  • Tidak aktif.
  • Diet.
  • Diabetes.
  • Sejarah keluarga.

Apakah gejala – gejala infarksi miokardium?

Gejala yang paling biasa adalah sakit dada yang teruk, yang sering terasa seperti tekanan berat di dada. Sakit boleh bergerak sehingga rahang dan bawah lengan kiri atau ke bawah kedua-dua tangan. Mungkin ada sesak nafas, berpeluh, rasa sakit atau pengsan.

Kesakitan mungkin sama dengan “angina”, tetapi ia biasanya lebih teruk dan bertahan lebih lama. (Angina biasanya hilang selepas beberapa minit tetapi sakit infarksi miokardium biasanya berlangsung lebih dari 15 minit – kadang-kadang beberapa jam.)

Walau bagaimanapun, sesetengah orang hanya mempunyai ketidakselesaan ringan di dada mereka atau merasa seperti senak atau pedih ulu hati. Kadang-kadang, infarksi miokardium berlaku tanpa menyebabkan sebarang kesakitan. Kadangkala infarksi myokardium boleh menyebabkan kematian mengejut tetapi keadaan ini jarang berlaku.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya rasa saya mempunyai infarksi miokardium?

Panggil ambulans segera. Kemudian ambil satu biji aspirin dengan segera jika anda mempunyai ubat tersebut.

Bagaimana infarksi miokardium didiagnosis dan dinilai?

Diagnosa infarksi miokardium dibuat dengan beberapa cara   :

  • Tanda gejala ( symptom) infarksi miokardium.
  • ECG. Terdapat perubahan biasa dengan corak normal jantung mengesan di MI.
  • Ujian darah. Ujian darah yang mengukur bahan kimia yang dipanggil troponin dan creatine kinase. Kerosakan sel-sel otot jantung membebaskan bahan kimia ini ke dalam aliran darah.
  • Ujian-ujian lain boleh dilakukan dalam beberapa kes tertentu. Sebagai contoh ekokardiogram untuk mendiagnosis komplikasi seperti lemah jantung.

Sebelum keluar dari hospital, anda mungkin dinasihatkan untuk menjalani ujian untuk menilai tahap ateroma pada arteri koronari. Sebagai contoh ujian senaman atau angiografi arteri koronari mungkin perlu dijalankan.

Apakah rawatan untuk infarksi miokardium?

Terdapat dua rawatan yang boleh memulihkan aliran darah yang tersumbat:

  • Angioplasti kecemasan. Ini adalah rawatan yang terbaik jika ia boleh didapati dan boleh dilakukan dalam beberapa jam gejala bermula. (Lihat artikel berasingan yang dipanggil Angioplasti untuk maklumat lanjut.)
  • Suntikan ubat cair darah adalah alternatif kepada angioplasti kecemasan. Ia boleh diberikan dengan mudah dan cepat dalam pelbagai situasi. Di sesetengah tempat paramedik dilatih untuk memberikan ubat cair darah ini.

Kedua-dua rawatan di atas biasanya dapat mengembalikan aliran darah. Faktor yang paling penting adalah kadar kecepatan rawatan yang diberikan selepas gejala bermula.

Terapi sokongan yang lain termasuk suntikan untuk melegakan kesakitan dan oksigen.

Secara ringkas, berikut adalah ubat-ubatan biasa diberikan untuk membantu mencegah  infarksi miokardium berulang dan untuk mencegah komplikasi:

  • Aspirin – untuk mengurangkan kelekitan platlet dalam darah untuk mengelakkan pembekuan darah terbentuk. Jika anda tidak dapat mengambil aspirin maka ubat antiplatelet alternatif seperti klopidogrel atau ticagrelor mungkin diberikan.
  • Ubat beta-blocker – untuk memperlahankan kadar degupan jantung dan untuk mengelakkan dari kejadian ritma jantung tidak normal.
  • Ubat perencat “enzim penukar angiotensin (ACE)”. Ubat perencat ACE mempunyai mempunyai kesan perlindungan pada jantung.
  • Ubat statin untuk menurunkan tahap kolesterol dalam darah. Ini membantu untuk mengelakkan daripada wujudnya ateroma.
  • Ubat-ubatan atau rawatan lain mungkin diperlukan jika anda mengalami komplikasi.

Ramai orang pulih dengan baik dari infarksi myokardium tanpa komplikasi.

Namun demikian komplikasi yang mungkin berlaku adalah:

  • Kegagalan jantung.
  • Ritma jantung yang tidak normal.
  • Kematian mengejut.
  • Infarksi myokardium berulang.

Masa yang paling kritikal selepas serangan jantung adalah pada hari pertama atau lebih. Jika tiada komplikasi dan anda sembuh selepas beberapa minggu, maka anda mempunyai peluang yang baik untuk pulih sepenuhnya. Objektif utama adalah untuk kembali ke kehidupan yang normal, dan untuk mengurangkan risiko infarksi miokardium berulang.

Sebelum keluar dari hospital, ia adalah perkara biasa untuk seorang doktor atau jururawat untuk menasihati anda bagaimana untuk mengurangkan faktor risiko. Nasihat ini bertujuan untuk mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak mungkin di masa depan.

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Ainol Shareha bt. Sahar
Akreditor : Dato’ Dr. Abdul Hadi b. Jaafar

 

Related Article

Bone Cancer

Introduction Introductory statement, definition & epidemiology There are more than

Shingles

Shingles is also known as herpes zoster in the medical world. It is a disease of the nerve and skin caused by the varicella zoster virus (VZV)

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,311,508

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia