Pengenalan Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.
- Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh di rawat dan dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali pada waktu malam.
- Sendi yang diserang menjadi teramat sakit sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’.(to-fai)
- Dalam saluran urinari atau saluran air kencing, ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
-
-
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
- Mengelakkan minuman keras.
Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti daging, makanan laut dan kekacang. |
|