Goiter

Download:

 

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Pengeluaran hormon T4 dan T3 ini dikawal oleh kelenjar pituitari yang terletak pada pangkal  otak. Kelenjar pituitari akan mengeluarkan Thyroid Stimulating Hormone (TSH) yang akan merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan hormon T4 dan T3.

Goiter adalah pembengkakan luar biasa pada kelenjar tiroid. Ianya berlaku apabila terdapat ketidak seimbangan hormon dalam kelenjar tiroid.Dalam kes hypothyroidism, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih rendah daripada kadar yang biasa. Ia berlaku apabila terdapat masalah dengan kelenjar tiroid itu sendiri atau pun disebabkan oleh kelenjar pituitari yang tidak menghasilkan TSH dengan secukupnya. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar tiroid menjadi kurang aktif dan melambatkan kadar metabolisma badan. Akibat daripada itu, anda mungkin akan berasa cepat penat serta berlakunya peningkatan berat badan yang mendadak.

Dalam kes hyperthyroidism pula, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada kadar yang biasa.

Antara sebab- sebab berlakunya masalah ini adalah penyakit Grave’s Disease, nodul tiroid dan radang kelenjar tiroid. Keadaan ini menyebabkan kelenjar tiroid terlebih aktif dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Antara tanda-tanda dan symptom masalah hyperthyroid adalah penurunan berat badan, jantung berdebar-debar, berpeluh secara berlebihan, menggeletar dan lemah otot terutamanya di bahagian tangan dan kaki.

G