Pengaruh media yang menonjolkan model-model wanita yang bertubuh kurus dan langsing sedikit sebanyak mempengaruhi imej terutama sekali di kalangan remaja Ini selalu terjadi apabila remaja mula merasakan perubahan fizikal yang mengganggu emosi mereka. Masalah juga akan timbul jika wujud perbandingan bentuk badan di kalangan remaja dan rakan sebaya. Ini akan memberi kesan ke atas tabiat pemakanan seseorang remaja dan boleh menimbulkan masalah gangguan pemakanan. Masalah gangguan pemakanan ini biasanya berlaku di kalangan remaja perempuan. Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa adalah sindrom yang berkaitan dengan tabiat pemakanan tidak betul dan boleh menjejaskan fungsi rupa bentuk badan seseorang. Bagi mereka yang mengalami masalah anorexia mereka amat takut untuk menambah berat badan mereka. Mereka lazimnya akan mengurangkan pengambilan pemakanan, sentiasa berdiet ,berpuasa dan mengguna laksatif agar mendapat berat badan yang mereka inginkan. Bulimia pula boleh dikesan melalui tabiat mengambil makanan dengan banyak dan kemudian memuntahkannya semula. Ini adalah salah satu cara bagi mereka menurunkan berat badan. Oleh itu berat badan mereka selalu berubah secara drastik. Tanda-tanda dan Gejala-gejala Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa adalah:
Walaupun terdapat pelbagai cara untuk mengelak daripada gangguan pemakanan yang tidak sihat ini, membina keyakinan kendiri anak-anak anda sambil membentuk kehidupan positif adalah penting. Tumpukan perhatian yang lebih kepada mereka.
Jika anda rasa curiga dengan cara pemakanan mereka, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan. Masalah gangguan pemakanan adalah berbahaya dan boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti:
Lazimnya rawatan ubat tidak diberikan disebabkan ianya kurang efektif. Ubat anti kemurungan biasanya hanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah Anorexia Nervosa serta mengalami tekanan. Mereka juga perlu di rujuk kepada pakar-pakar yang berkaitan untuk membantu dalam perawatan Dialog : Alia makan ,nanti cepat sihat Remaja yang mengalami masalah gangguan pemakanan perlu di beri rawatan objektif rawatan adalah untuk remaja mencapai berat badan yang normal dan tabiat makan yang baik supaya pertumbuhan fizikal dan mental mereka dapat berkembang dengan sempurna Rawatan pemulihan biasanya mengambil masa yang lama dan rumit yang pentingnya sokongan keluarga dan persekitaran yang baik adalah perlu dalam proses pemulihan. Pesanan Untuk Remaja:
Amalkan Gaya Hidup Yang Lain :
|
|
---|