A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Fotofobia (Silau)

Fotofobia (Silau)

Pengenalan

Fotofobia (sensitif terhadap cahaya) ialah suatu gejala di mana mata menjadi sensitif yang melampau terhadap cahaya seterusnya pesakit yang mengalami simptom ini akan cuba mengelak dari cahaya matahari atau tempat terang. Pesakit yang mempunyai masalah fotofobia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata atau sistem urat saraf.

Penyebab fotofobia

Fotofobia sering dialami oleh pesakit konjuntivitis akut. Penyebab fotofobia yang lain adalah mata yang mempunyai luka dipermukaan kornea, ulser kornea, mata yang mempunyai warna yang cerah (seperti kes albino), uveitis (radang mata), katarak (sesetengah jenis) dan sesiapa yang menderita akibat migraine. Di antara penyebab yang disebut di atas, uveitis adalah merupakan penyakit mata yang serius yang boleh menyebabkan banyak koplikasi jika tidak dirawat.

Yang lebih penting, fotofobia juga merupakan gejala kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti botulisma, rabies, keracunan raksa atau meningitis (radang selaput otak). Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami fotofobia secara akut adalah dinasihatkan bertemu doktor secepat mungkin.

Rawatan

Rawatan yang terbaik untuk fotofobia ini adalah merawat punca masalah. Di dalam kebanyakan kes, apabila faktor penyebabnya telah dirawat, fotofobia akan hilang. Sewaktu menjalani rawatan, pesakit hendaklah mengelak dari terdedah kepada cahaya matahari dan sebarang cahaya lain yang terang untuk mengurangkan ketidakselesaan. Memakai topi yang lebar dan cermin mata gelap dengan perlindungan ultraungu juga boleh mengurangkan gejala fotofobia.

Semakan Akhir : 14 Mei 2012
Penulis : Dr. Joseph Vijaya Alagaratnam
Penyemak : Dr. Salmah Othman

 

Related Article

Chlamydia

Chlamydia is a bacterial infection. It is one of the most common sexually transmitted diseases in Malaysia.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,238,968

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia