A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

Eksibisionisme

Apakah maksudnya “Eksibisionisme”?

  • Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia.
  • Seseorang ini mendapat kepuasan seks dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada orang yang tidak dikenali.
  • Keseronokan dirasai apabila mangsa mereka, lazimnya wanita muda menunjukkan reaksi terkejut/terperanjat.
  • Tiada sentuhan fizikal yang terlibat dalam kelakuan ini.
  • Selalunya, orang yang terlibat dalam kelakuan ini adalah lelaki yang biasanya kesunyian dan kurang keyakinan diri.

 

Anda mungkin pernah terdengar tentang senario yang biasa ini.

Seorang lelaki telah ditangkap selepas dia menunjukkan kemaluannya kepada wanita. Ini biasanya terjadi di taman rekreasi atau ketika mangsa menunggu bas atau sedang dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Perbuatan ini amat mencemaskan mangsa. Selalunya, perkara ini akan dilaporkan kepada polis dan pesalahlaku akan ditangkap.

 

Apakah yang anda perlukan bila berdepan dengan situasi begini :

  • Jangan hiraukan dan berjalan terus dari tempat anda
  • Jangan menunjukkan sebarang reaksi
  • Beritahu peristiwa tersebut kepada ibubapa dan guru anda
  • Membuat laporan polis

 

Bilakah anda perlu dapatkan bantuan?

  • Jika anda terlibat dalam tabiat “Eksibisionisme”
  • Jika anda bimbang anda mempunyai kecenderungan kepada tabiat ini
  • Jika anda pernah menjadi mangsa tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya

 

Siapakah yang dapat membantu?

  • Ibu bapa
  • Guru/kaunselor
  • Doktor

 

Pautan kepada Agensi Kerajaan

 

Pautan kepada badan bukan kerajaan

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir
Penyemak : Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said

 

Related Article

Chlamydia

Chlamydia is a bacterial infection. It is one of the most common sexually transmitted diseases in Malaysia.

HIV/AIDS

Apa itu AIDS? AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,369,163

LAST UPDATE :
2024-04-25 09:43:09
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia