A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Zainatul Akmar bt....

Dr. Zainatul Akmar bt. Khalil

alt

Setelah menamatkan pengajian dalam bidang pergigian (BDS Honours) di University of Mansourah, Mesir pada tahun 1982, Dr. Zainatul Akmar bt. Khalil telah memulakan khidmatnya sebagai Pegawai Pergigian Kerajaan di Pusat Kesihatan Kecil, Kampar pada 15.1.1983. Pada 1.10.1984 beliau bertukar ke Klinik Pergigian, Jalan Abdul Samad, Johor Bahru sehingga 31hb Disember 1987 dan kemudian ke Klinik Pergigian Cahaya Suria, WPKL (1.1.88 hingga 14.2.93) dan Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, WPKL(15.2.93 hingga 30.11.95 ). Di antara tugas-tugas nya sebagai Pegawai Pergigian ialah memberi rawatan pergigian am seperti rawatan pergigian pencegahan, restoratif, periodontik, prosthetik, cabutan dan pembedahan kecil mulut. Beliau juga bertugas ‘on call’ di hospital kerajaan untuk merawat kes-kes kecemasan pergigian.

Dr Zainatul Akmar telah melanjutkan pelajaran di dalam bidang kepakaran pergigian Ortodontik di Eastman Dental Institute, University College London dari 16.9.1997 hingga 30.9.2000. Beliau mendapat Ijazah MSc in Orthodontics dari Eastman Dental Institute, UCL (1999) dan Membership in Orthodontics Royal College of Surgeons of England, dan Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow (2000).

Beliau telah di wartakan sebagai Pakar Pergigian Ortodontik pada 2.4.2001 dan di tempatkan di Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Jalan Abdul Samad, Johor Bahru.

Tugas utamanya sebagai Pakar Perunding ialah memberi rawatan Ortodontik kepada pesakit-pesakit yang di rujuk ke unit ortodontik. Ini termasuk rawatan menggunakan Aplians tetap, Aplians Boleh Tanggal, Growth modification, Ortodontik Interseptif dan rawatan multidisiplinari. Beliau juga menjalankan tugas pentadbiran seperti menyelia kakitangan yang dibawah jagaannya dan memastikan perkhidmatan ortodontik berjalan dengan lancar dengan mengikut CPG dan ISO. Selain itu beliau sering memberi ceramah dan latihan hands-on kepada Pegawai-pegawai Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Jururawat Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian. Beliau juga melibatkan diri dalam penyelidikan ‘Health Outcome Research’ di Institut Medical Research, Bangsar.

Pada 15hb April 2012, Dr Zainatul Akmar telah bersara dari perkhidmatan kerajaan. Beliau masih bertugas sebagai Pakar Perunding Ortodontik di beberapa klinik pergigian swasta di Johor Bahru.

 

Semakan Akhir : 29 Mac 2013

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,043,893

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia