Home > Writer > Dr. Tan Ee Hong

Dr. Tan Ee Hong

alt

Dr. Tan Ee Hong merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada tahun 1993. Pada tahun 2003, beliau memperoleh ijazah lanjutan Masters in Dental Public Health dari University College London, University of London dan juga menerima Diploma in Dental Public Health dari Royal College of Surgeon, England.

Kerja-kerja beliau melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program-program penjagaan kesihatan pergigian masyarakat. Ini merangkumi program pemfluoridaan bekalan air awam, program pencegahan klinikal pergigian termasuklah program selaan fisur, program varnis berfluorida, program ubat kumuran mulut dan program pencegahan kanser mulut.

Di peringkat negeri, beliau telah terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi kesihatan pergigian untuk kumpulan-kumpulan sasaran seperti guru pelatih, guru tadika, jururawat kesihatan dan ibu bapa. Beliau aktif dalam melatih pegawai pergigian dan jururawat pergigian dalam bidang kesihatan awam pergigian. Beliau juga aktif dalam kaji selidik sistem kesihatan perkhidmatan pergigian Johor.

Di Bahagian Kesihatan Pergigian, beliau merupakan setiausaha kumpulan kerja membangun Manual Fluoride Varnish Programme for Toddlers dan setiausaha mengkaji semula garis panduan A School-based Fissure Sealant for School Children. Beliau terlibat dalam kajian-kajian epidemiologi pergigian dan sistem kesihatan. Beliau juga adalah ahli kumpulan kerja untuk cadangan penstrukturan semula sistem kesihatan Malaysia.

Kepakaran lain termasuk Kajian Epidemiology dan Kajian Sistem Kesihatan.

Pengalaman kerja:

  1. Klinik Pergigian Muar, Johor (1993-1994)
  2. Klinik Pergigian Kota Tinggi, Johor (1994-2003)
  3. Klinik Pergigian Batu Pahat Johor (2003-2005)
  4. Klinik Pergigian Muar, Johor (2005-2008)
  5. Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya (2008-kini)

 

Semakan Akhir : 8 Julai 2013