Home > Writer > Dr. Sarimah bt. Mohd Mokhtar

Dr. Sarimah bt. Mohd Mokhtar

Dr. Sarimah bt. Mohd Mokhtar adalah merupakan seorang Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan Malaysia

Beliau telah menamatkan pengajian di University of Adelaide pada tahun 1995 dengan memperoleh Bachelor of Dental Surgery. Beliau berpeluang melanjutkan pelajaran di University College London dan memperoleh Master of Clinical Dentistry in Paediatric Dentistry pada tahun 2003, Graduate Diploma in Clinical Dental Science with Distinction pada tahun 2004 dan memperoleh Membership of The Faculty Of Dental Surgery dari The Royal College of Surgeons of Edinburgh pada tahun 2005.

Pengalaman kerja:

  1. Sebagai Pegawai Pergigian di Hospital Taiping Perak pada tahun 1995.
  2. Pegawai Pergigian Yang Menjaga di Klinik Pergigian Palong 4,5 dan 6, Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 1996 hingga 2001.
  3. Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan dari tahun 2005 hingga 2010.
  4. Latihan Dalam Perkhidmatan di Beijing, China dalam aspek Management of Dentofacial Anomalies pada Jun 2009
  5. Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban Negeri Sembilan mulai Julai 2010 sehingga sekarang.

Tulisan artikel beliau yang telah diterbitkan di dalam jurnal luar negara ialah

  1. Mokhtar SM, Shahardin RZR, Abidin MZ and Rahman RA. Superficial Angiomyxoma of the Floor of the Mouth in an Infant. Asian Journal of Oral and Maxillofacial Surgery 2008; 20: 26-28
  2. Qadri GW and Mokhtar SM. Paediatric mandibular fractures: report of a case. Dental Traumatology 2008;24 e67-e70

Semakan Akhir : 25 Ogos 2011