Home > Writer > Dr. Rosenani bt. Mohd Noordin

Dr. Rosenani bt. Mohd Noordin

alt

Dr. Rosenani bt. Mohd Noordin merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Simee, Perak 

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS, Malaya) pada tahun 1997 dan kemudian menyambung semula pengajian di Universiti Malaya dalam bidang kepakaran serta memperoleh Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (M.Clin.Dent (Restorative in Conservative Dentistry) pada tahun 2006.

Kerja-kerja beliau melibatkan prosedur rawatan restoratif konservatif yang kompleks, endodontik (rawatan kanal akar), rawatan prostodontik tetap (jambatan, korona) dan prostesis boleh tanggal (dentur/gigi palsu) serta kes-kes lain berkaitan pergigian restoratif.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian
    • Hospital Ipoh & Klinik Pergigian Besar, Ipoh (1997-1998)
    • Klinik Pergigian Slim River (1998-2000)
    • Klinik Pergigian Besar, Ipoh (2000-2002)
  2. Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur untuk latihan kepakaran program Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal di Fakulti Pergigian Universiti Malaya (2002)
  3. Pakar Pergigian Restoratif
    • Hospital Ipoh (2006 – 2007)
    • Klinik Pergigian Simee (2008 – kini)
  4. Latihan dalam perkhidmatan di University of Adelaide & University of Sydney selama 3 minggu (2011)

 

Semakan Akhir : 21 Mac 2013