A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Nurshaline Pauline bt....

Dr. Nurshaline Pauline bt. Hj. Kipli

alt

Dr. Nurshaline Pauline bt. Hj. Kipli merupakan Pegawai Pakar Pergigian (Patologi dan Perubatan Mulut) di Hospital Umum Sarawak.

Beliau telah menamatkan pengajian dari University of Dundee, Scotland dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Mulut. Beliau turut berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Royal College of Surgeons of England dan memperoleh Fellowship of Dental Surgery.

Kerja-kerja beliau melibatkan pengurusan kes-kes perubatan mulut yang dirujuk dan menjalankan tugas diagnostik untuk kes patologi mulut. Di samping tugasan klinikal, beliau juga terlibat dalam program pendidikan pergigian berterusan untuk pegawai pergigian, staf sokongan dan juga pelajar pasca ijazah pergigian serta pelajar perubatan jika perlu.

Beliau juga mempunyai pengalaman di dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan terutama kanser mulut dan pra-kanser. Mula melibatkan diri dalam penyelidikan kanser mulut semenjak 1996 sebagai pemeriksa bagi program saringan kanser mulut dan pra-kanser. Dari 2007 sehingga sekarang, beliau adalah seorang fasilitator untuk Bengkel Saringan Kanser Mulut untuk Bahagian Pergigian, Sarawak. Semasa bertugas di Fakulti Pergigian, beliau telah terlibat secara langsung aktiviti yang dijalankan oleh ”Oral Cancer Research and Coordinating Center”. Beliau juga pernah menjadi State Coordinator untuk International Survey for Health Related Behaviours program penyelidikan anjuran salah satu universiti dari Taiwan.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian di Klinik Kesihatan (1995-1999)

  2. Pakar Pergigian Klinikal di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Umum Sarawak (2000-2003)

  3. Pensyarah Pinjaman di Jabatan Perubatan Mulut, Patologi Mulut & Periodontologi, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (2003-2006)

  4. Pakar Pergigian di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Umum Sarawak (2006 hingga sekarang)

Semakan Akhir : 2 November 2010

Related Article

Wahida bt. Mohd Abdul Wahab

Wahida bt. Mohd Abdul Wahab merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,224,685

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia