Home > Writer > Dr. Norharlina bt. Bahar

Dr. Norharlina bt. Bahar

Dr. Norharlina bt. Bahar mempunyai pengalaman kerja selama 15 tahun dan merupakan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja yang kini bertugas di Hospital Selayang, Selangor. Beliau merupakan Ketua Unit Mekar (Klinik Psikiatri Kanak-kanak & Remaja) di hospital yang sama.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah doktor perubatan (M.D) dan mempunyai ijazah kepakaran di universiti yang sama (Master of Medicine (Psychiatry)). Beliau juga pernah berkerja dan telah menjalankan latihan sub-kepakaran di bidang Psikiatri Kanak-kanak & Remaja dan di Melbourne, Australia.

Kerja-kerja beliau melibatkan membuat penilaian dan rawatan kepada pesakit-pesakit dewasa, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah tingkahlaku, masalah, emosi atau kecelaruan fikiran. Beliau juga terlibat didalam beberapa projek penyelidikan dan penulisan di bidang yang berkenaan.

Beliau sering dijemput untuk memberikan ceramah dan memberikan konsultasi di bidang psikologi dan psikiatri kanak-kanak dan remajadi persidangan, seminar, latihan dan perundingan pembangunan polisi di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Beliau berkerjasama erat dengan sekolah-sekolah yang berhampiran dengan Hospital Selayang, bagi membantu guru-guru dan para kaunselor sekolah bagi memahami dan menangani masalah kanak-kanak & remaja.