A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Nazer bin Berahim

Dr. Nazer bin Berahim

Dr. Dharmindra Rajah a/l Gunarajah

 

Dr. Nazer bin Berahim merupakan Pensyarah & Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial di Pusat Pengajian Bedah Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi Mara, Kampus Sungai Buloh.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh Ijazah Doktor Pembedahan Pergigian pada tahun 2003. Seterusnya beliau telah ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan pada 2007 untuk menjalani latihan kepakaran di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Pergigian Klinikal dalam kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial pada tahun 2011.

Kerja-kerja beliau melibatkan bidang bedah mulut & maksilofasial, pengurusan kes-kes kecederaan mulut & maksilofasial, onkologi & patologi mulut, bedah estetik & kosmetik serta kraniofasial klef.

Sebagai Pakar di jabatan, beliau secara aktif melatih pegawai pergigian tahun pertama dalam mengurus kes-kes bedah mulut & maksilofasial di hospital melalui latihan praktikal dan juga syarahan pembelajaran berterusan di semua peringkat pergigian.

Beliau juga sebagai pensyarah mengajar & melatih pelajar-pelajar pergigian tahun klinikal dalam kursus Bedah Mulut & Maksilofasial serta menyelia kerja-kerja kursus pelajar tahun akhir. Secara aktif menjalankan penyelidikan klinikal dan menulishasilan kerja klinikal di peringkat fakulti, universiti. Sebagai Koordinator Kursus, beliau juga terlibat secara langsung dalam penghasilan silabus, pemantauan dan perlaksanaan di fakulti ini.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian Tahun Pertama di Pejabat Pergigian Kuantan (2003-2004)
  2. Pegawai Pergigian Yang Menjaga di Pejabat Pergigian Rompin (2004-2005)
  3. Pegawai Pergigian Yang Menjaga di Jabatan Bedah Mulut Hospital Putrajaya (2005-2007)
  4. Pegawai Pergigian Sarjana di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (2007-2010)
  5. Senior Registrar di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Putrajaya & Serdang (2010-2011)
  6. Pakar Klinikal Bedah Mulut & Maksilofasial di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang (2011-2104)
  7. Ketua Jabatan & Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Lipis, Kuala Lipis, Pahang  (Jun 2014-Okt 2014)
  8. Ketua Jabatan & Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial di Jabatan Bedah Mulut, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor (Okt 2014-Mei 2015)
  9. Pensyarah & Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial di Pusat Pengajian Bedah Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Univesiti Teknologi Mara
  10. Koordinator Kursus Bedah Mulut & Maksilofasial

Semakan Akhir : 28 Julai 2017

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 223,111,779

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia