Home > Writer > Dr. Muhammad Ridwan bin Yeop Ismail

Dr. Muhammad Ridwan bin Yeop Ismail

alt

Dr. Muhammad Ridwan bin Yeop Ismail merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial di Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Beliau telah menamatkan pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan memperolehi Diploma  Sains pada tahun 2000 dan seterusnya meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memperolehi  ijazah Doctor of Dental Surgery (DDS) pada tahun 2005.  Pada tahun 2009 beliau telah menyambung pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Master in Clinical Dentistry (Oral and Maxillofacial Surgery) pada tahun 2013.

Kerja-kerja beliau melibatkan:

  1. Menjalankan pemeriksaan dan memberi rawatan pergigian dan pembedahan mulut dan maksilofasial kepada kes pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk ke Jabatan ini.         
  2. Memberi rawatan pembedahan terhadap kes yang melibatkan bidang rongga   mulut dan maksilofasial seperti kes gigi terimpak, kecederaan tisu lembut  mulut dan muka, kepatahan tulang rahang dan tulang muka, kes post traumatic  facial deformity, kes cleft lip and palate dan kes patologi mulut.          
  3. Memberi khidmat rawatan kecemasan terhadap kes bedah mulut dan maksilofasial  yang memerlukan bantuan  pakar sama ada bilik kecemasan ataupun di dewan bedah utama. 

Kepakaran lain termasuk memberi rawatan pembedahan orthognatik untuk membetulkan kedudukan tulang rahang yang tidak normal. Selain daripada itu kepakaran bedah mulut juga terlibat dalam merawat pesakit yang memerlukan prostesis maksilofasial seperti prostesis pergigian, obturator, prostesis mata, telinga dan juga hidung.  Pembedahan meletakkan implan pergigian juga merupakan antara rawatan  yang dijalankan oleh Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial.

Pengalaman kerja:

  1. Pegawai Pergigian U41 di Klinik Pergigian Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah (2005 – 2006)
  2. Pegawai Pergigian Y/M di Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Alor Setar, Kedah (2006 – 2009)
  3. Ketua Jabatan dan Pakar Bedah Mulut Dan Maksilofasial U54 di Jabatan Bedah Mulut Dan Maksilofasial, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis (Dari September 2013 hingga sekarang)

Semakan Akhir : 13 Mei 2015