A A +A
Jata

WELCOME TO OFFICIAL PORTAL
MYHEALTH MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Writer
  4. /
  5. Dr. Laila bt. Abd...

Dr. Laila bt. Abd Jalil

alt

Dr. Laila bt. Abd. Jalil merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan Pergigian Pediatrik di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Tuanku Jaafar.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian serta Master of Science in Children’s Dentistry (Paedodontics) dari Eastman Dental Institute, University of London. Beliau turut berpeluang melanjutkan pelajaran di Royal College of Surgeon, Edinburgh dan memperoleh Fellowship in Dental Surgery Royal College of Surgeons, Edinburgh (FDS RCS).

Kerja-kerja beliau melibatkan memberi perkhidmatan pergigian kepada golongan kanak-kanak di Malaysia dan Rantau Asia Tenggara dan khususnya di Negeri Sembilan. Ini merangkumi rawatan kepada golongan ini dan juga latihan dan khidmat nasihat tentang perancangan kurikulum-kurikulum dan skop perhidmatan pergigian pada kanak-kanak untuk penuntut–penuntut sarjana dan ijazah di universiti tempatan dan kepada jururawat pos basik di kolej latihan pergigian Pulau Pinang.

Selain itu, beliau juga bergiat untuk mempertingkatkan perkhidmatan pergigian kepada golongan kanak-kanak ini melalui pelaksanaan kajian-kajian dan konferens, bengkel dan seminar dalaman dan luar negeri dan antarabangsa.

Kepakaran lain termasuk :

Memberi khidmat pensyarah sambilan di Fakulti Pergigian , Universiti Kebangsaan Malaysia selama 10 tahun bermula dari tahun 2000.

Memajukan perkhidmatan pergigian untuk  kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh Malaysia 

 

Semakan Akhir : 6 Disember 2010

Related Article

ADDRESS

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

GENERAL LINE :   +603 8000 8000

FAX :   +603 8888 6200

EMAIL :   myhealth@moh.gov.my

VISITORS : 222,227,438

LAST UPDATE :
2024-03-19 08:57:27
FOLLOW US

BEST VIEW   Best viewed with Internet Explorer 10 and above, Mozilla Firefox 40 above, or Google Chrome 40 and above or Safari 4 and above with minimum resolution at 1366 x 768

Copyright ©2005-2022 Health Online Unit, Ministry of Health Malaysia