Home > Writer > Dr. Habibah bt. Yacob

Dr. Habibah bt. Yacob

alt

Dr. Habibah bt. Yacob merupakan seorang Pegawai Pergigian dan bertugas di Klinik Pergigian Bandar Maharani, Johor.

Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan Ijazah Sarjana Perubatan Masyarakat (Kesihatan Oral) dari Universiti Sains Malaysia.

Kerja-kerja beliau melibatkan perancangan, perlaksanaan dan pemantauan program kesihatan awam pergigian di daerah Muar seperti pemfluoridaan bekalan air awam, penyakit karies gigi dan gusi di kalangan murid-murid tadika/sekolah, golongan kurang upaya, warga emas dan ibu mengandung. Juga berperanan sebagai Pegawai Penyelaras Negeri untuk program kesihatan pergigian murid-murid tadika di negeri Johor.

Kepakaran lain termasuk bidang epidemiologi dan penyelidikan terutama analisis data (biostatistik) di peringkat negeri dan kebangsaan.

Antara pengalaman kerja:

  1. Task Force Team of National Oral Health Survey For Adult  NOHSA,2010
  2. Penulis untuk kajian epidemiologi untuk murid-murid berumur 16 tahun, 2007 dan NHMSIII (oral health module), state level, 2006
  3. Terlibat dalam perancangan pelan strategik perkhidmatan kesihatan pergigian Negeri Johor
  4. Pernah memenangi tempat kedua oral presentation di Persidangan Saintifik Pengurusan Kesihatan (NIH) Tahun 2006 
  5. Penceramah dan fasilitator bengkel Intermediate Statistic Workshop for Dental Officers National level, 2007, Introduction to Research Methodology and Basic Statistics Negeri Sembilan, 2009 dan  Research Methodology and Data Analysis, Southern Zone, 2010.

Semakan Akhir : 16 ogos 2011