Home > Writer > Dr. Fauziah bt. Ahmad

Dr. Fauziah bt. Ahmad

alt

Dr. Fauziah bt. Ahmad merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Unit Restoratif, Klinik Pergigian Beserah, Pahang.

Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dan Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Pergigian Restoratif dalam Pergigian Prostetik).  

Kerja-kerja beliau melibatkan rawatan korona dan jambatan, serta rawatan kanal akar bagi kes- kes yang dirujuk oleh Pegawai Pergigian Negeri Pahang.

Kepakaran lain termasuk membuat dentur separa/penuh bagi kes-kes yang rumit atau kes-kes yang memerlukan dentur jenis Cobalt Chromium.

Pengalaman kerja:

  1. Bertugas sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kuala Pilah (1995-1997), Hospital Kajang(1997-2000) dan di Klinik Pergigian Beranang (2000-2004).
  2. Bertugas sebagai Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Beserah, Kuantan, Pahang mulai 2 Januari 2009.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2011